• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK PD: Jemaah Sanggup Redah Hujan Jumpa TPM

oleh
12/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Biarpun kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedikit lewat dari jadual ke program forum di Masjid Kariah Teluk Kemang di sini, namun jemaah tetap setia menanti kehadirannya.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sepatutnya tiba pada pukul 9 malam, terlewat hampir satu jam berikutan jadualnya yang padat selain faktor hujan lebat yang melanda Port Dickson sejak siang tadi.

Seorang jemaah, Mohd Ridhwan Rosli, 24, berkata beliau sanggup berpayung meredah hujan dari rumahnya ke program itu untuk melihat Presiden PKR itu secara dekat.

“Saya sangat teruja…sebab tak semua orang berpeluang jumpa beliau, jadi saya tak nak lepaskan peluang tengok dia depan mata,” katanya kepada Bernama.

Penduduk, Sarimah Nurin Abas, 53, kagum dengan sikap pemimpin nombor dua negara itu yang tetap hadir ke program itu biarpun berdepan kekangan masa.

“Saya amat kagum dengan beliau…walaupun jadual padat dan terpaksa hadir lewat, beliau tetap datang untuk bertemu dengan rakyat di sini,” katanya.

Forum bertajuk ‘Hijrah Ke Arah Malaysia Baharu’ anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menampilkan tiga panel iaitu, Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha, Presiden ABIM, Mohd Raimi Abdul Rahim dan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Ahmad Azam Abdul Rahman selain turut dihadiri kira-kira 400 jemaah dan penduduk sekitar.

Dr Wan Azizah juga sempat beramah mesra dan berswafoto bersama jemaah sebelum meninggalkan majlis untuk ke program bersama komuniti India di Bukit Pelanduk, kira-kira 35 kilometer dari sini.

Presiden PKR itu berada di Port Dickson bagi membantu siri kempen suaminya iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen itu pada Sabtu ini.

PRK Parlimen Port Dickson bakal menyaksikan persaingan tujuh penjuru membabitkan Anwar menentang calon Pas Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima lagi calon bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Parlimen itu memiliki sejumlah 75,770 orang pemilih berdaftar yang terdiri daripada Melayu, 43 peratus, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain (dua peratus), dengan 68,486 orang adalah pemilih biasa, 7,268 pemilih awal dan 16 orang pemilih tidak hadir luar negara. – BERNAMA

Tags: PRK Port Dickson
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saman Pengundi PD Terhadap Anwar Ditolak

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman pemula difailkan seorang pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri...

PRK PD: Bersih Dakwa Anwar Buat 6 Kesalahan

26/10/2018
0

BONGKAR... Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa badan pemantau pilihan raya, Bersih, melakukan enam daripada 10 kesalahan semasa kempen Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd