• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Politik Wang: Tokoh PKR Kedah Direman Seminggu

oleh Ahmad Albab
25/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah yang berjawatan tinggi dalam parti direman seminggu bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung dakwaan terbabit dalam politik wang pada pemilihan parti itu.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 59 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar Jamaluddin Elias selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kes itu di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, suspek berkenaan dikatakan telah meminta RM20,000 daripada pengadu bagi membolehkan pengadu bertanding jawatan Ketua Cabang di Kedah pada pemilihan PKR kali ini.

Suspek yang pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditahan pada 4.10 petang semalam selepas menyerah diri di Pejabat SPRM negeri.

Terdahulu ketika dibawa ke lokap mahkamah, suspek ada memberitahu media dia menjadi mangsa keadaan dan mendakwa ada pihak cuba menghancurkan karier politiknya.

Difahamkan suspek yang juga seorang ahli perniagaan akan bertanding pada pemilihan parti di Kedah yang akan berlangsung esok dan lusa. – BERNAMA

Tags: Pemimpin PKRpolitik wang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pemimpin PKR Ditahan Polis

Pemimpin PKR Ditahan Polis

15/10/2022
0

KUALA LUMPUR : Seorang pemimpin PKR Cabang Batu di sini, ditahan polis bagi membantu siasatan enggan memberi kerjasama dengan membuat...

Bersih 2.0 Gesa Bentang RUU Dana Politik Secepat Mungkin

21/01/2020
0

PETALING JAYA - Bersih 2.0 mengulangi seruan menggesa kerajaan membentangkan rang undang-undang pendanaan politik secepat mungkin. Gabungan Pilihan Raya Bersih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd