• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas Sindiket ‘Love Scam’ Antarabangsa Sasar Wanita Kesunyian

oleh
22/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia menumpaskan 38 sindiket ‘Love Scam’ dengan rangkaian antarabangsa yang mensasarkan golongan wanita kesunyian sebagai mangsa di Hong Kong, Singapura dan Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata sindiket itu menjadikan negara ini sebagai pusat operasi sebelum memperdayakan mangsa dengan ayat-ayat cinta.

Beliau berkata pihaknya telah menjalankan tiga operasi di ketiga-tiga negara secara serentak bagi mencari dalang utama di sebalik sindiket berkenaan.

Amar berkata hasil risikan operasi, polis menumpaskan 38 sindiket itu di negara ini melibatkan nilai kerugian dianggarkan RM28 juta yang didalangi dua lelaki warga Nigeria dan 16 individu warga tempatan serta seorang wanita warga China.

“Di Hong Kong, sindiket itu terlibat dalam 100 kes dengan nilai kerugian RM54.6 juta manakala di Singapura melibatkan lapan kes menyebabkan kerugian dianggar bernilai RM1.3 juta,” katanya dalam sidang akhbar mengenai kejayaan JSJK di sini hari ini.

Amar berkata menerusi operasi bersepadu itu, pihak berkuasa Hong Kong menahan 11 suspek sindiket itu di negara berkenaan dan dua lagi ditahan pihak berkuasa Singapura.

Dalam pada itu, Amar berkata pihaknya akan menjalankan operasi untuk menjejaki 39,743 ‘keldai akaun’ termasuk wanita yang terlibat dalam transaksi kewangan jenayah siber.

Menurutnya, secara purata satu keldai akaun boleh terlibat dengan penipuan lebih 10 kali.

Keldai akaun merupakan individu yang mana akaun mereka terbabit dalam transaksi jenayah siber dengan kebanyakan dalangnya merupakan warga asing yang memerlukan akaun warga tempatan untuk memudahkan sindiket melakukan jenayah berkenaan.

Beliau turut menggesa institusi perbankan di negara ini mengetatkan syarat membuka akaun simpanan ke arah menangani kewujudan keldai akaun. – BERNAMA

Tags: love scam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tiga Anggota Ditahan Edar Dadah Guna Kereta Polis’

Wanita Bersuami Antara 644 Mangsa Love Scam

03/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Wanita berstatus isteri orang adalah antara 644 mangsa kes penipuan 'Love Scam' yang direkodkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah...

Duda Rugi RM183,000 Angkara Love Scam

Duda Rugi RM183,000 Angkara Love Scam

28/03/2023
0

Kuantan : Seorang jurukimpal di daerah ini kerugian RM183,600 akibat terpedaya sindiket Love Scam selepas berkenalan dengan seorang wanita tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd