• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Thai Patahkan Cubaan Seludup 700kg Dadah Jenis “Ice”

oleh Ahmad Albab
05/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Polis Thailand menahan dua lelaki tempatan di Ayutthaya, di bahagian tengah Thai semasa mereka dalam perjalanan menghantar 700kg dadah jenis “Ice” (Crystal Methaphetamine) bernilai 2 bilion Baht (kira-kira RM263 juta) ke selatan Thai, yang bersempadan dengan Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Thailand, Jen Chalermkiat Sriworakhan berkata dadah itu akan diseludup ke negara jiran, namun beliau tidak menamakan negara berkenaan.

“Dadah itu akan dihantar ke negara jiran, yang dijadikan sebagai destinasi transit (oleh angota sindiket). Menerusi negara jiran ini, dadah itu kemudiannya akan diedar ke pasaran asing,” katanya kepada media di sini.

Dua hari lepas polis menahan dua lelaki berumur 20an di sebuah gudang di Bang Pra-in, Ayutthaya dan merampas dadah berkenaan yang disorokkan dalam bungkusan dengan label teh.

Chalermkiat berkata berdasarkan siasatan awal, seorang daripada lelaki berkenaan didapati berasal dari sebuah wilayah di selatan Thai, dan dadah itu diperoleh dari wilayah Wa, di Shan, Myanmar.

Sementara itu, Komander Jabatan Detektif Polis Metro Mejar Jen Itthipol Atchariyapradit berkata sebelum ini dua lelaki berkenaan berada dalam pengawasan polis selama lebih dua bulan.

Katanya beliau percaya sindiket itu pernah mendalangi kegiatan penyeludupan di selatan Thailand sebelum ini. – BERNAMA

Tags: dadahpolis thailand
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah Tolak Permohonan Farid Kamil Dapatkan Pasport

Next Post

DSV Diberi Tempoh Seminggu Penuhi Tuntutan Aishah

Related Posts

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

21/06/2025
0

KUALA LUMPUR: penyalahgunaan dadah yang kian meruncing dan penggunaan rokok elektronik atau vape berleluasa dalam kalangan belia bukan lagi isu...

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara Tiga Warga Malaysia Ditahan Pihak Berkuasa Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara Tiga Warga Malaysia Ditahan Pihak Berkuasa Laos

12/06/2025
0

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penahanan tiga rakyat Malaysia oleh pihak berkuasa Laos kerana disyaki cuba menyeludup sejumlah ganja. Pemangku...

Next Post

DSV Diberi Tempoh Seminggu Penuhi Tuntutan Aishah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd