• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Rampas 2,000 Biji Telur Penyu Cuba Diseludup

oleh Ahmad Albab
05/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 2,000 biji telur penyu yang cuba diseludup dari Filipina untuk penjualan secara haram di daerah ini.

Rampasan telur penyu itu yang keseluruhannya bernilai RM4,000 dilakukan selepas anggota PPM menahan sebuah bot pam di sungai Batu Putih dekat sini pada jam 6.10 pagi semalam.

Pemangku Komander PPM Wilayah Sabah Supt Mohd Nasir Othman anggota PPM yang membuat intipan dan pemantauan di sungai itu mengesan sebuah bot pam dari arah laut dalam keadaan mencurigakan.

Katanya apabila dihampiri, juragan bot pam tersebut memecut laju memasuki sungai Batu Putih dan enggan berhenti.

Anggota PPM mengejar dan berjaya menahan bot pam tersebut, bagaimanapun juragan bertindak terjun ke dalam sungai dan tidak dapat dikesan, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya hasil pemeriksaan di bot pam dengan nombor pendaftaran Filipina itu menemui empat karung plastik mengandungi telur penyu tersebut.

Beliau berkata kesalahan memiliki telur penyu itu di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997. – BERNAMA

Tags: PPMTelur Penyu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jari Budak Tersepit Di Tombol Pintu Hospital

Next Post

Polis Perak Perlu Berhati-Hati Dalam Pemilikan Harta

Related Posts

Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

21/03/2023
0

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menyita sebuah kapal korek yang didapati digunakan untuk mencuri pasir di perairan Pulau Usukan,...

Penjara Setahun, Denda RM50,000 Miliki 1,769 Telur Penyu

Penjara Setahun, Denda RM50,000 Miliki 1,769 Telur Penyu

22/07/2022
0

SANDAKAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 ke atas seorang lelaki warga Filipina...

Next Post

Polis Perak Perlu Berhati-Hati Dalam Pemilikan Harta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd