• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Digesa Ambil Keterangan Najib & Rosmah Berhubung Kes Altantuya

oleh Cj Mnh
29/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Seorang Anggota Parlimen hari ini menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil keterangan Anggota Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pendedahan terbaru bahawa mereka terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) berkata pendedahan berkenaan dibuat anggota perniagaan J Deepak yang dahulunya didakwa mempunyai hubungan baik dengan pasangan berkenaan melalui satu wawancara yang dimuat naik di internet baru-baru ini, namun rakaman tersebut dipadamkan kemudiannya.

Katanya apa yang ditimbulkan Deepak di dalam wawancara berkenaan penting bagi kes berkenaan kerana ia dipercayai akan dapat menentukan motif di sebalik pembunuhan model warganegara Mongolia berkenaan.

“Deepak telah nyatakan secara jelas dan terang bahawa Pekan adalah terlibat dalam pembunuhan (Altantuya), beliau nyatakan secara langsung bahawa Pekan dan isterinya adalah secara langsung terlibat, ini adalah pernyataan Deepak.

“Ini satu perkara penting kerana ia berlaku lebih 10 tahun lalu, adakah Polis Diraja Malaysia tidak cekap sehingga mereka tak dapat siasat dan menentukan siapa yang arahkan pembunuhan itu,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Ramkarpal yang mewakili keluarga Altantuya dalam tindakan sivil mereka di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang akan dibicarakan Januari tahun depan berkata Rosmah sepatutnya membuat laporan polis sekiranya apa yang didedahkan Deepak dalam wawancara berkenaan adalah fitnah.

“Pendedahan serius ini tidak dijawab isteri Pekan, beliau tidak membuat laporan polis (atau) berbuat apa-apa untuk nafikan dakwaan yang serius ini, ini merupakan satu petunjuk yang boleh selesaikan motif di belakang kes Altantuya,” katanya yang turut menggesa keterangan Deepak diambil pihak polis.

Altantuya dibunuh secara kejam pada 2006 di kawasan hutan di Puncak Alam dengan kepalanya dilapor ditembak sebelum badannya diletupkan dengan bom C4.

Kes berkenaan selepas dibicarakan mendapati dua pegawai polis yang menjadi pengawal pengiring Najib yang juga merupakan perdana menteri ketika itu didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati.

Ramkarpal berkata tindakan sewajarnya perlu diambil supaya ia selari dengan frasa peraturan perundangan yang ditekankan kerajaan Pakatan Harapan untuk ditegakkan. — BERNAMA

Tags: ambil keteranganpembunuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan DNA, Bedah Siasat Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah Diperoleh

Laporan DNA, Bedah Siasat Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah Diperoleh

23/12/2024
0

ALOR GAJAH - Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini menetapkan 23 Januari depan sebagai sebutan semula kes pembunuhan kejam seorang...

Masih Awal Rungkai Siapa Bunuh Zayn Rayyan

Masih Awal Rungkai Siapa Bunuh Zayn Rayyan

08/12/2023
0

PETALING JAYA : Masih terlalu awal untuk pihak polis merungkai mana-mana individu yang boleh dikaitkan terlibat dalam pembunuhan kanak-kanak autisme,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd