• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Akan Panggil Ahli Politik Terbabit Sekiranya Perlu

oleh
13/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini berkata pihaknya akan memanggil ahli politik terbabit untuk memberi keterangan sekiranya perlu, berhubung laporan polis yang dibuat pembantu peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Menurut beliau, pihaknya mengesahkan telah menerima laporan berkenaan dan siasatan akan dilakukan mengikut prosedur biasa.

“Laporan (itu) dibuat di (IPD) Sentul oleh pembantu beliau (Najib) terhadap tokoh tokoh politik tertentu berkaitan dakwaan yang dibuat (oleh ahli politik berkenaan).

“Jadi kita akan siasat dan ambil tindakan sewajarnya, ini proses yang biasa,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sukan Negara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Puteri Harbour Marina, di sini, hari ini.

Fuzi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan polis pembantu Najib di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul petang semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Komisioner Datuk Seri Wan Ahmad Najmudin Mohd, Pengarah Pengurusan PDRM Datuk Seri Asri Yusoff dan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Mohd Kader Mohd.

Bekas Perdana Menteri itu dalam status Facebook rasmi beliau Khamis lepas (11 Okt) telah mengarahkan pembantunya membuat laporan polis bagi membolehkan satu penyiasatan polis dijalankan membabitkan dakwaan bahawa beliau terbabit dalam kes pembunuhan beberapa individu.

Ketika diminta mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kenyataan beliau bahawa ada sabotaj dalam kerajaan berhubung ahli perniagaan Jho Low, Mohamad Fuzi berkata pihaknya tidak tahu wujudnya sabotaj berkenaan.

“Saya pun tidak pasti siapa yang sabotaj…setahu saya pihak PDRM tidak terlibat dalam hal ini.

“Kami pun sedang mengesan dia (Jho Low) dan bapanya termasuk meminta bantuan daripada Interpol banyak kali walaupun terdapat masalah teknikal pada peringkat awal,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata, pihaknya juga berhubung terus dengan pihak Interpol untuk membantu mengesan dua beranak itu. – BERNAMA

Tags: Mohamad Fuzi Harun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Saksi Penyerahan Tugas Ketua Polis Negara

03/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu disaksikan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin...

PDRM Akan Berjumpa PM Bantah IPCMC

03/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri bagi menyampaikan bantahan terhadap hasrat untuk memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd