• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesta Arak: Jangan Eksploit Keputusan Kerajaan Negeri

oleh
18/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini menyelar tindakan sesetengah pihak yang cuba memanipulasi kenyataan Menteri Besar Johor mengenai keputusan kerajaan negeri untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen berhubung penganjuran pesta arak secara terbuka di negeri Johor baru-baru ini.

Pengarah Penerangan dan Komunikasi PH Johor, Suhaizan Kayat berkata kenyataan MB Datuk Osman Sapian jelas menyebut walaupun tiada lesen dikeluarkan untuk penganjuran pesta sedemikian tetapi tiada halangan bagi orang bukan Islam untuk minum di premis persendirian selagi ia mematuhi syarat ditetapkan.

“Kenyataan ini dengan jelas menyatakan bahawa keputusan kerajaan negeri ini adalah merujuk kepada pesta arak secara terbuka bukan meliputi penjualan arak kepada orang bukan Islam.

“Pakatan Harapan Johor memandang serius kepada mana-mana pihak yang cuba menggambarkan seolah-olah kerajaan Johor telah membuat keputusan untuk menafikan hak orang bukan Islam itu dan mengharamkan lesen penjualan minuman keras kepada orang bukan Islam di negeri Johor,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Suhaizan, keputusan itu berdasarkan pertimbangan menjaga sensitiviti budaya Bangsa Johor di samping hak masyarakat bukan orang Islam terus dipelihara selagi ia tidak melanggar mana-mana peraturan sedia ada.

“Justeru, maklumat ini seharusnya jelas dan sebarang manipulasi dari mana-mana pihak harus dihentikan serta-merta. Ini bagi memastikan berita-berita fitnah dan adu domba antara kaum atau agama dapat dielakkan,” tambah Suhaizan, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor.

“PH Johor yakin rakyat dapat memahami dan menerima keputusan ini demi memastikan hubungan antara kaum dapat terus berjalan harmoni dan saling hormat-menghormati,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: pesta arakSuhaizan Kayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Permain Hukum Agama – Suhaizan

Jangan Permain Hukum Agama – Suhaizan

03/09/2023
0

JOHOR BAHRU: “Saya tiada masalah, tetapi dia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) seolah-olah mempermainkan hukum agama.” Demikian komen calon Pakatan Harapan...

Speaker DUN Johor Kata UMNO Bercelaru?

20/09/2018
0

JOHOR BAHRU - Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat mengingatkan UMNO bahawa parti itu kini kononnya menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd