• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Lion Air Terhempas, Belum Dipastikan Rakyat Malaysia Terbabit

oleh Ahmad Albab
29/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan pesawat Lion Air terhempas di perairan Karawang, Jakarta Utara.

Ketua Bahagian Kerjasama dan Perhubungan Awam Perhubungan Udara Indonesia, Sindu Rahayu berkata pesawat yang membawa 181 penumpang dan tujuh anak kapal itu dilaporkan terhempas di koordinat 05 46.15 S – 107 07.16 E, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi tadi.

“Operasi mencari pesawat itu sedang dilakukan,” katanya.

Pesawat JT610, penerbangan ke Pangkal Pinang di Pulau Bangka Belitung, Indonesia itu dilaporkan terputus hubungan selepas 10 minit berlepas.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Pangkal Pinang jam 7.10 pagi waktu Indonesia barat (8.10 pagi waktu Malaysia).

Sementara itu jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berkata pihak kedutaan sedang berusaha mendapatkan maklumat lengkap berkenaan senarai penumpang pesawat itu.

Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada rakyat Malaysia turut terbabit. – BERNAMA

Tags: Lion AirNahas Pesawat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd