• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Kerugian RM30,000 Ditipu Macau Scam

oleh
31/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pesara kilang mengalami kerugian RM30,000 selepas terpedaya dengan satu panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwanya terlibat dengan kes pengubahan wang haram serta pengedaran dadah semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa, 57, yang tinggal di Padang Tengku, Lipis menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai bank.

“Suspek berkenaan mendakwa mangsa mempunyai pinjaman peribadi yang tertunggak bagaimanapun telah dinafikan oleh mangsa, sebelum panggilan telefon itu disambung pula kepada anggota polis yang mendakwanya terlibat dengan pengedaran dadah dan pengubahan wang haram.

“Selepas itu, panggilan itu disambung kepada pegawai penyiasat yang menawarkan bantuan untuk menyelesaikan kes terbabit dengan melakukan pindahan wang daripada akaunnya untuk mengelak daripada akaun dibekukan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, mangsa kemudian membuat pindahan wang sebanyak RM30,000 ke dalam akaun yang diberi suspek, namun mula menyedari ditipu setelah suspek meminta wang tambahan sebanyak RM30,000.

Susulan itu, satu laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, penjara dan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang pegawai bank turut menerima nasib yang sama selepas tertipu dengan tawaran pinjaman peribadi palsu yang ditawarkan melalui WhatsApp mengakibatkan mangsa kerugian RM1,960.

Mangsa, 38, telah menerima tawaran itu pada 15 Okt lalu sebelum bersetuju untuk membuat pinjaman sebanyak RM30,000 kadar bayaran RM356.90 sebulan dalam tempoh 10 tahun.

Mohd Wazir berkata, pegawai bank berkenaan telah membuat empat kali pemindahan wang berjumlah RM1,960 dalam akaun yang diberi suspek bagi membayar kos pemprosesan sebelum diminta membuat bayaran tambahan bayaran sebanyak RM2,178 untuk insurans.

Mangsa yang mula curiga, katanya, membatalkan niat untuk membuat pinjaman berkenaan dan meminta suspek memulangkan semula wang yang telah dibayar.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan polis di IPD Lipis semalam setelah usaha menghubungi suspek gagal.- BERNAMA

Tags: Macau Scam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penduduk PPR Ampang Jajar Serah Memorandum

Next Post

Rompak Wang 1MDB Juga Maksiat Besar

Related Posts

Warga Emas Gagal Dapat Gelaran ‘Datuk Seri’, Rugi RM571,000

Warga Emas Gagal Dapat Gelaran ‘Datuk Seri’, Rugi RM571,000

26/05/2023
0

KUANTAN: Keinginan seorang kontraktor untuk bergelar ‘Datuk Seri’ terkubur apabila kerugian sehingga RM571,000 akibat terpedaya dengan penipuan sindiket Macau Scam....

Juru Kimpal Rugi RM339,900 Ditipu Macau Scam

Juru Kimpal Rugi RM339,900 Ditipu Macau Scam

21/02/2023
0

KUALA KRAI: Seorang juru kimpal kerugian RM339,900 dipercayai ditipu individu yang menyamar sebagai pegawai polis pada 17 Januari lalu. Ikuti...

Next Post

Rompak Wang 1MDB Juga Maksiat Besar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd