• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permit Sykt Lori Terlibat Kemalangan Maut Di Terowong Menora Digantung

oleh Cj Mnh
08/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Permit 28 kenderaan syarikat Usaha Maju Trading Sdn Bhd digantung serta-merta selama dua minggu bagi membolehkan siasatan dan audit dijalankan berkaitan kemalangan maut di Kilometer 255.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora, Perak Sabtu lepas.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengeluarkan notis penggantungan kepada syarikat berkenaan, yang satu daripada kenderaannya terlibat dalam kejadian tersebut.

Beliau berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah telah diarahkan untuk memastikan semua 28 kenderaan berkenaan berada di depoh dalam tempoh tersebut.

“Lesen pengendali operasi syarikat itu boleh digantung sekiranya audit yang dilakukan SPAD selepas ini mendapati terdapat kesalahan lain yang membolehkan tindakan itu diambil,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dalam insiden kira-kira 11.45 pagi Sabtu itu, lima sekeluarga maut selepas kenderaan jenis Kia Forte yang mereka naiki dihimpit treler membawa muatan biji besi sebelum terbakar.

Loke berkata tindakan tegas itu diambil bagi memberi mesej kepada syarikat pengendali pengangkutan lain untuk mengambil serius bahawa mereka harus bersedia dikenakan tindakan jika mengambil mudah soal keselamatan.

Dalam pada itu, beliau juga telah mengarahkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) untuk melakukan kajian berkaitan struktur jalan sepanjang jajaran tersebut termasuk mengkaji laluan alternatif bagi mengelak kenderaan perdagangan menggunakannya.

Bagaimanapun, katanya penggunaan jalan persekutuan sebagai laluan alternatif memerlukan kajian terperinci termasuk berkaitan impak kepada kesesakan dan keselamatan kerana melibatkan kawasan kampung dan bandar Ipoh.

Loke juga berkata anggota JPJ akan ditempatkan di laluan sebelum dan selepas Terowong Menora dalam tempoh sekurang-kurangnya dua bulan bagi memastikan kenderaan perdagangan mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Penempatan anggota JPJ ini akan dinilai semula selepas tempoh tersebut dan kemungkinan diteruskan jika matlamat mengurangkan kemalangan dicapai,” katanya.

Berhubung insiden sebuah lori dipandu secara berbahaya dan melawan arus di Kilometer 432 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Sungai Buaya semalam, Loke berkata siasatan akan dilakukan ke atas syarikat pengangkutan yang memiliki lori dengan muatan di bawah 7.5 tan itu.

Kejadian 9.15 pagi semalam itu melibatkan lelaki berusia 48 tahun memandu di lorong tengah dengan melawan arus, menjadi tular selepas rakaman video kejadian berdurasi satu minit 25 saat di muat naik di media sosial. – BERNAMA

Tags: gantung permitkemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd