• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Petunjuk Baharu Ukur Kekayaan Negara

oleh
09/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perlu ada petunjuk baharu untuk mengukur kekayaan negara.

Beliau berkata pengiraan menggunakan asas purata adalah tidak begitu tepat.

“Kita perlu tentukan cara untuk mengukurnya. Adakah kita sebenarnya dapat sesuatu yang betul apabila kita bercakap tentang KDNK dan pendapatan per kapita?,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Forum Megatrends Khazanah 2018, di sini, hari ini.

Memberikan contoh, beliau berkata jika terdapat 1,000 orang dan hanya terdapat seorang jutawan, purata pendapatan 1,000 orang itu adalah RM1,000.

“Tetapi hanya terdapat seorang jutawan dan bakinya tidak mempunyai wang langsung. Sebab itu kenapa kita perlu mencari petunjuk lain bagi kekayaan negara.

“Jika kita hanya menggunakan pendapatan per kapita, kita mungkin ada kesaksamaan tetapi hakikatnya tidak wujud kesaksamaan kerana pendapatan per kapita adalah berdasarkan pendapatan terlalu tinggi oleh beberapa indivdiu peringkat atasan manakala golongan bawahan tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membeli makanan atau mendapatkan rumah sebagai tempat berteduh,” katanya.

Dr Mahathir menambah petunjuk itu boleh dalam apa juga bentuk tetapi standardnya mesti boleh diguna pakai untuk situasi sebenar.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan perlu berusaha ke arah menyeimbangkan semula pengagihan kekayaan negara kepada rakyat.

Beliau berkata kerajaan sebelum ini tidak begitu prihatin mengenai kesaksamaan dalam pengagihan kekayaan negara.

Oleh itu, beliau berkata kerajaan semasa berjanji untuk membetulkan ketidakseimbangan dalam masyarakat.

“Untuk melakukan itu, kita perlu mempunyai lebih ramai profesional untuk mentadbir institusi-institusi dan syarikat-syarikat kerajaan. Kita juga perlu mempunyai tadbir urus dan pengurusan yang baik dalam sektor perniagaan,” katanya.

Perdana Menteri turut mengulangi bahawa pentadbirannya menggalakkan dan mengalu-alukan semua pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

“Kami menyambut mesra semua pelabur, sama ada asing atau tempatan, tetapi yang paling penting adalah mewujudkan pekerjaan dan peluang kepada rakyat kita,” katanya.

Beliau berkata bagi kerajaan, FDI sepatutnya mengenai pelabur membawa masuk modal dan teknologi serta beroperasi dan menubuhkan cawangan di Malaysia, dan membantu negara ini mencatatkan pertumbuhan.

“Kami tidak menimbangkan pembelian tanah untuk membina bandar atau penempatan bagi orang asing menggunakan buruh asing sebagai FDI. Kami bukan mendiskriminasi mana-mana orang tertentu atau negara.

“Kami mahu pelaburan di negara ini memberi manfaat bukan sahaja kepada pelabur tetapi juga rakyat negara ini,” katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Dr Mahathir berkata kerajaan akan menilai semula keputusan untuk tender semula kerja bawah tanah yang belum siap bagi projek Laluan Kedua Transit Aliran Massa (MRT2).

Beliau ditanya tentang laporan bahawa langkah Kementerian Kewangan untuk menamatkan kontrak bagi pembinaan bahagian bawah tanah MRT2 yang belum siap itu akan mengakibatkan lebih 20,000 orang kehilangan kerja dalam lebih 600 syarikat Malaysia.

Semalam Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilaporkan berkata berbilion ringgit dapat diselamatkan menerusi langkah tender semula itu yang akan mengurangkan hutang dan kadar faedah yang perlu dibayar oleh kerajaan. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd