Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

Azmin Ali Muncul Selepas...

SUNGAI BESAR - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang sebelum...

ANAK Hilang Arah Lepas...

KUALA LUMPUR – Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) didakwa gagal berperanan membela...

PLUS Cadang Bina Kapsul...

PETALING JAYA - Plus Malaysia Berhad (PLUS) bercadang membina kapsul tidur bagi pengguna...

70 Maut Angkara Pengebom...

BAGHDAD - Sekurang-kurangnya 70 orang maut dan 10 lagi cedera apabila seorang pengebom...

Dihukum Gantung Sebab Perkosa, Bunuh Budak

SEORANG lelaki yang disabitkan kesalahan merogol dan membunuh kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun akhirnya dikenakan hukuman mati oleh pihak berkuasa Pakistan.

Mohammad Imran, didakwa membunuh Zainab Ansari, 7, dan tujuh lagi kanak-kanak lain di negara itu.

Dia menerima hukuman berkenaan pada Rabu di sebuah penjara di timur Lahore.

“Imran menerima hukuman gantung sebelum subuh dan hukuman itu dijalankan oleh majistret dan doktor,” ujar seorang polis tempatan.

Malah,hukuman itu dikatakan berlangsung sambil disaksikan bapa Zainab, Mohammed Amin Ansari.

Mahkamah Tinggi Pakistan sebelum ini menolak permohonan untuk melakukan hukuman itu secara terbuka.


Kes kematian tragis Zainab menerima perhatian global dan mencetuskan kemarahan awam.

Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, sekurang-kurangnya 13 kanak-kanak telah dibunuh dan dirogol yang mana lapan daripadanya merupakan mangsa kepada Imran. – NPR.ORG./mStar Online

Kategori