• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perang Bendera, Poster Meriah Menjelang Pengundian Awal Esok

oleh
08/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Menjelang hari pengundian awal esok, bahang kehangatan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson semakin dirasai dengan parti-parti dan individu yang bertanding mula meningkatkan pemasangan bendera dan poster di serata daerah ini.

Kalau sebelum ini perang bendera agak suram, jentera kempen calon khususnya daripada parti politik, dilihat semakin agresif menggantung dan memasang bendera, poster serta kain rentang yang memaparkan gambar calon serta logo parti.

Seorang petugas jentera Pakatan Harapan (PH), Mohammad Nor Yusof, 67, berkata secara purata jentera partinya akan memasang dan memacak sekurang-kurangnya 300 bendera setiap malam.

“Lebih 300 bendera dipacak setiap hari…ini lagi seminggu nak mengundi, kami tak menang tangan nak pasang bendera.

“Atas faktor keselamatan petugas dan orang awam, kebanyakan kerja memasang bahan kempen dibuat pada lewat malam,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini, hari ini.

Katanya bahan semula jadi seperti buluh dijadikan sebagai tiang bendera kerana ia lebih kukuh dan tahan lama selain dapat menjimatkan kos berkempen.

Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mendapati bendera parti dan poster calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PAS, Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar serta calon Bebas bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad terus mendominasi fasa terakhir kempen yang memasuki hari ke-10, di kebanyakan tempat.

Selain itu, bagi calon Bebas seperti personaliti media sosial Stevie Chan Ken Leong, bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pakar perunding pengurusan Kan Chee Yuen serta bekas pensyarah universiti swasta Lau Seck Yan, poster yang memaparkan wajah mereka agak kurang mungkin disebabkan kekangan kos.

Biar pun ‘perlahan’ dari segi penggunaan bahan kempen berbanding calon-calon parti politik, Stevie Chan, Mohd Saiful Bukhari, Kan dan Lau tetap agresif berkempen menerusi program tinjauan serta menemui pengundi secara bersemuka bagi meraih undi dan mengedarkan risalah promosi calon.

PRK Port Dickson yang menyaksikan pertembungan tujuh penjuru itu memiliki sejumlah 75,770 orang pemilih berdaftar yang terdiri daripada Melayu, 43 peratus, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain (2 peratus).

Kerusi parlimen itu dikosongkan oleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dalam usaha kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini (13 Okt) sebagai hari pengundian dan esok sebagai hari pengundian awal. – BERNAMA

Tags: PRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saman Pengundi PD Terhadap Anwar Ditolak

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman pemula difailkan seorang pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri...

PRK PD: Bersih Dakwa Anwar Buat 6 Kesalahan

26/10/2018
0

BONGKAR... Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa badan pemantau pilihan raya, Bersih, melakukan enam daripada 10 kesalahan semasa kempen Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd