Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Polis Buru 4 Lelaki...

SHAH ALAM - Polis kini memburu empat lelaki yang terlibat dalam cubaan menyamun...

PAS Teruskan Rancangan Hudud

KOTA BARU - PAS Kelantan tidak akan menangguhkan rancangannya untuk membentangkan pindaan kepada...

Tuanku Muhriz Gesa Kerajaan,...

SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertitah supaya kepimpinan...

COVID-19: Kluster Apas Dikesan...

PUTRAJAYA - Satu kluster baharu dikesan di Selangor iaitu Kluster Apas yang kini...

Perak, Terengganu Terima 30,750 Tiket Final Piala Malaysia

SHAH ALAM – Sebanyak 30,750 keping tiket termasuk 750 keping untuk golongan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun, diagihkan sama rata kepada pasukan Perak dan Terengganu FC (TFC) untuk aksi final Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Ketua Pegawai Operasi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd berkata, tiket akan mula dijual pada Khamis ini di dua negeri berkenaan, namun kaedah penjualan ditentukan oleh Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Beliau turut memaklumkan sejumlah 10,500 keping tiket termasuk 500 keping tiket untuk golongan kanak-kanak bawah 12 tahun ke bawah akan dijual secara dalam talian di laman sesawang www.tickethotline.com.my pada Rabu ini bermula 9 pagi.

Mohd Shazli berkata harga tiket ditetapkan RM50 sekeping untuk golongan dewasa dan RM5 sekeping untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

“Pada tahun ini, kita bekerjasama dengan pengeluar barangan sukan, Al Ikhsan yang akan menjadi salah satu platform yang akan menjual tiket atau tempat penebusan tiket kepada penyokong kedua-dua pasukan,”katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa pengelola final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, di sini, hari ini.

Mohd Shazli memaklumkan penyokong Perak akan memasuki Stadium Shah Alam menerusi pintu masuk A dan D manakala penyokong Terengganu di pintu masuk pada B dan C, dengan pintu stadium akan mula dibuka pada pukul 4 petang pada hari perlawanan.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata badan induk itu akan menjual tiket di beberapa tempat di Perak iaitu Tanjung Malim, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Manjong, Teluk Intan, Lenggong, Tapah dari pukul 10 pagi sehingga 2 petang manakala di Stadium Perak, Ipoh pada Jumaat ini bermula pukul 9 pagi.


“Saya menasihatkan penyokong Perak bahawa mereka tidak perlulah untuk berebut membeli tiket kerana jumlahnya adalah mencukupi,” jelasnya.

Setiausaha Kehormat PBSNT, Syahrizan Mohd Zain pula berkata penjualan tiket untuk penyokong Terengganu akan bermula pukul 10 pagi pada Khamis ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.

Perak mara ke final setelah menang agregat 7-2 ke atas Sabah manakala TFC mencatat keputusan agregat 3-2 ke atas juara bertahan, Johor Darul Ta’zim pada aksi separuh akhir. — BERNAMA

Kategori