• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Komited Bina Lapangan Terbang Baharu

oleh
19/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri Perak tetap akan meneruskan hasrat membina lapangan terbang baharu bertaraf antarabangsa sebagai antara usaha untuk menarik kehadiran pelancong asing.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata pada masa sama pihaknya juga komited untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini bagi membolehkan pendaratan kapal terbang bersaiz besar.

“Saya daripada mula konsisten untuk mengekalkannya dan menambah baik (LTSAS) agar dapat kapal terbang lebih besar mendarat serta menarik pelancong daripada penerbangan empat lima jam contohnya dari India dan China.

“Kami juga mengalu-alukan cadangan untuk bina lapangan terbang antarabangsa yang ‘cater’ kepada kapal kargo atau kapal terbang penumpang daripada ‘penerbangan tambang murah,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam peringkat negeri Perak tahun 2018 di sini, hari ini.

Penganjuran majlis kali ketujuh itu disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM).

Ahmad Faizal mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada Selasa lalu yang berkata pembinaan lapangan terbang baharu di Perak perlu dikaji semula kerana projek itu melibatkan kos yang tinggi.

Beliau berpandangan adalah lebih wajar LTSAS dinaik taraf seperti memanjangkan landasan kepada kira-kira 850 meter bagi membolehkan kapal terbang besar mendarat kerana kosnya lebih murah.

Pada 12 Oktober, Ahmad Faizal membayangkan cadangan untuk membina lapangan terbang baharu di Tapah atau Behrang kerana ia didapati lebih sesuai, berbanding cadangan awal di Seri Iskandar. – BERNAMA

Tags: Ahmad Faizal Azumulapangan terbang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan menganjurkan konvoi Mat Motor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail...

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd