• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyayang Anjur “Batik Fun Walk 2018” Pada 4 Nov

oleh Cj Mnh
22/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERI KEMBANGAN – Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang) akan menganjurkan program amal “Batik Fun Walk 2018” pada 4 Nov ini, sebagai usaha mengumpul dana untuk Penyayang Pesakit Kanser (PPK).

Ketua Pegawai Eksekutif Penyayang Datuk Leela Mohd Ali berkata program jalan kaki amal sejauh 3.8 kilometer yang bermula dan berakhir di Balai Seni Visual Negara itu disifatkan sebagai usaha mempromosi batik Malaysia dan gaya hidup sihat.

“Apa yang membezakan program jalan kaki ini dengan program yang dianjurkan pihak lain adalah peserta boleh memakai batik dengan gaya kreatif masing-masing.

“Selain itu, mereka turut berpeluang melihat pelbagai pameran di Balai Seni Visual Negara. Jadi inilah yang dikatakan serampang dua mata apabila peserta dapat pelbagai manfaat dengan menyertai “Batik Fun Walk 2018,” katanya pada sidang media mengenai acara itu di sini, hari ini.

Leela berkata Penyayang turut bekerjasama dengan pelbagai pihak dan hospital bagi menghulurkan bantuan kepada pesakit kanser membiayai kos rawatan serta membeli peralatan.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia Nori Tun Abdullah berkata penganjuran programamal kali ke-16 tersebut menunjukkan sokongan terhadap usaha mempromosi batik Malaysia serta keprihatinan kepada pesakit kanser dan keluarga mereka.

“Misi utama kami adalah untuk membantu semua pesakit kanser dan keluarga mereka yang tidak berkemampuan mendapatkan rawatan yang lebih baik.

Orang ramai, yang ingin menyertai program jalan kaki amal perlu membayar yuran penyertaan RM35 seorang, dan akan turut menerima kain batik.

Maklumat lanjut mengenai program boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang http://event.howei.com/event/batik-fun-walk-2018. – BERNAMA

Tags: kumpul danaYayasan Budi Penyayang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd