• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Harus Setia Tidak Belah Bahagi – KSN

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Anggota perkhidmatan awam harus berpegang pada prinsip taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara, Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan yang memerintah, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Beliau berkata anggota perkhidmatan awam memikul satu tanggungjawab besar dalam memastikan bahawa segala urusan kerajaan adalah berpandukan ‘rule of law’ dan amanah serta kewajipan ditunaikan dengan penuh taat setia.

“Dalam apa jua tugas yang dilaksanakan, adalah penting melaksanakannya dengan penuh taat, beramanah dan berintegriti serta jangan sesekali mengutamakan kepentingan diri sendiri atau kepentingan pihak-pihak tertentu.

“Pastikan semua urusan kerajaan berjalan atas prinsip pemisahan kuasa dan ini bermakna segala tindakan atau keputusan yang diambil haruslah berpandukan peraturan yang telah digubal,” katanya ketika berucap pada istiadat penganugerahan Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) dan Felo Intan di sini hari ini.

Ismail berkata pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) bertanggungjawab menyahut cabaran membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia mampu kembali menjadi ‘Harimau Asia’ seperti yang ditetapkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

”Semua penjawat awam dan PTD khususnya harus bekerja lebih keras lagi untuk memperbaiki kedudukan Malaysia bagi meningkatkan kemasukan pelaburan terus asing yang seterusnya akan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata Malaysia boleh menjadi Harimau Asia semula dengan sambutan pelabur asing yang berjanji mahu melabur ke negara ini.

Seramai 395 graduan dianugerahkan Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi tempoh 2015-2018 dan Ketua Setiausaha wanita yang pertama di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Arpah Abdul Razak merupakan penerima anugerah Felo Intan pada sesi kali ini. – BERNAMA

Tags: KSNPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa tahap penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam masih rendah dan...

Semua Kementerian, Agensi Kerajaan Diarah Terus Berfungsi Sekiranya Berlaku Sebarang Gangguan – KSN

Semua Kementerian, Agensi Kerajaan Diarah Terus Berfungsi Sekiranya Berlaku Sebarang Gangguan – KSN

04/11/2026
0

PUTRAJAYA - Semua kementerian dan agensi kerajaan perlu menyemak semula Pelan Kesinambungan Perkhidmatan atau Business Continuity Plan (BCP) masing-masing bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd