• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Tak Beri Kerjasama: MB

oleh Ahmad Albab
08/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Kegagalan segelintir peniaga di Port Dickson memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dalam usaha menjaga kebersihan menjadi punca kemerosotan pelancong ke Pantai Peranginan Negara itu.

Menteri Besar, Aminuddin Harun mendakwa, hasil pemantauan yang dilakukan mendapati masih ada segelintir peniaga tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri agar menjaga mengutamakan kebersihan.

Beliau berkata, kerajaan negeri hanya berkuasa menjaga kebersihan pantai manakala peniaga pula seharusnya mempunyai kesedaran untuk menjaga kebersihan di kawasan perniagaan masing-masing.

“Kehadiran pelancong ke negeri ini agak tinggi iaitu mencapai 7 juta orang hasil maklumat yang diterima daripada pihak pengurusan hotel dan saya rasa jumlah itu agak tinggi.

“Cuma sekarang ini, kita dapati ada peniaga gagal memberi kerjasama kerana tidak mengutamakan kebersihan kawasan niaga sehingga pengunjung tidak datang ke kedai mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan kehadiran pelancong yang dilihat semakin merosot di Teluk Kemang.

Beliau yang juga Exco pelancongan negeri Sembilan mendakwa, masih ada lagi peniaga tidak mempunyai kesedaran dalam menjaga dan mengutamakan kebersihan, malah juga sambil lewa terhadap nasihat diberikan.

“Walaupun pelbagai nasihat dan penekanan menjaga kebersihan, penyediaan makanan yang bersih telah diberikan, mereka tetap tidak beri kerjasama.

“Kononnya nasihat yang diberikan itu mengganggu perniagaan mereka,” katanya.

Aminuddin berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini, namun perlukan kerjasama semua pihak termasuk peniaga.

Katanya, pelancong sangat mementingkan kebersihan dari semua sudut bagi memastikan makanan dan tempat yang dikunjungi sentiasa indah bersih.

“Jika tempat kita cantik dan bersih sudah pasti akan ramai pengunjung datang tetapi jika kotor siapa yang mahu datang?

“Sebab itu saya nasihatkan kepada peniaga agar mengutamakan kebersihan, biar tempat kita cantik. Pantai kita sudah bersihkan, jadi sama-samalah kita jaga kawasan perniagaan pula,” katanya.

Sementara itu, statistik dikeluarkan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, mencatatkan kehadiran pelancong ke negeri ini pada tahun lalu meningkat sebanyak 6.8 juta berbanding 5.7 juta pada tahun 2015.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan, beberapa peniaga bimbang pendapatan mereka terjejas ekoran jumlah pengunjung didakwa semakin berkurangan sejak lima tahun lalu.

Mereka mendakwa, pantai-pantai di Port Dickson, terutamanya Teluk Kemang kelihatan lengang walaupun hari cuti. – Sinar Harian Online

Tags: Aminuddin Harunpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd