• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengusaha ‘Food Truck’ Disaran Peroleh Sijil BeSS

oleh Cj Mnh
30/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengusaha ‘food truck’ disarankan mendapatkan Sijil Pengiktirafan Bersih, Selamat, Sihat (BeSS) bagi memastikan makanan yang dijual mencapai standard kebersihan dan selamat yang ditetapkan.

Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr. Zainudin Abdul Wahab berkata, walaupun ia tidak diwajibkan namun sijil itu dapat dijadikan indikator dalam menyediakan kualiti makanan yang terbaik kepada pelanggan.

“Kita setakat ini tiada masalah dengan peniaga ‘food truck’ yang berdaftar. Jadi bagi yang tidak berdaftar atau belum memiliki sijil BeSS, kita saran mereka ini ambil tindakan. Kita mahu makanan mereka mencapai standard yang ditetapkan Jabatan Kesihatan.

“Kita tidak mahu makanan yang dihidangkan kepada pelanggan sekadar ‘cantik’ tetapi kualiti kebersihan tidak seperti yang sepatutnya,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Majlis Anugerah Keselamatan dan Kualiti Makanan 2018 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini.

Dr Zainudin berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengeluarkan lesen kepada peniaga ‘food truck’.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Putrajaya telah meningkatkan penguatkuasaan ke atas penjualan minuman beralkohol berikutan kes keracunan methanol akibat meminum minuman beralkohol pada September lalu.

“Sehingga 26 Okt, sebanyak 177 premis menjual minuman beralkohol telah diperiksa dan sebanyak 4,675 botol disita dengan nilai sitaan RM90,590 manakala 21 notis kompaun di bawah Akta Makanan 1983 dikeluarkan ke atas pihak terlibat,” katanya.

Tambahnya setakat ini, sebanyak 96 daripada 3,897 premis makanan yang diperiksa diarahkan tutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 bagi proses pembersihan premis makanan sebelum dibenarkan beroperasi semula.

Manakala sebanyak 390 notis kompaun di bawah akta yang sama turut dikeluarkan ke atas pengusaha makanan dan pengendali makanan kerana tidak menghadiri kursus pengendalian makanan, tidak mempunyai suntikan anti tifoid serta premis dalam keadaan kotor.

Pada majlis Anugerah Keselamatan dan Kualiti Makanan 2018 hari ini 118 pemilik premis makanan dianugerahkan Sijil Pengiktirafan Bersih, Selamat, Sihat (BeSS), manakala tujuh premis pemprosesan makanan menerima Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) di samping lima buah syarikat meraih pensijilan Trust My Catering (TMC). – BERNAMA

Tags: food trucksijil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pertimbang Beri Sijil Individu Tak Terima Vaksin

09/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mempertimbang untuk memberikan sijil pengecualian bagi individu yang tidak dapat menerima vaksin Covid-19 disebabkan 'immunocompromised'...

Sijil Vaksinasi Pintar Untuk Yang Sudah Disuntik

03/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan sedang merangka pengenalan khusus untuk mereka yang sudah disuntik vaksin COVID-19 dinamakan Sijil Vaksinasi Pintar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd