Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Ibu Pening, Anak Perempuan...

Hidup umpama mimpi ngeri setiap malam. Itu yang dialami oleh sebuah keluarga apabila...

Baik-Baik Saja, Sufian Nafi...

PELANTUN lagu Terakhir, Sufian Suhaimi menafikan dakwaan kononnya hubungan dengan tunang yang juga...

Khairy Jamaluddin Bakal Tanding...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, bakal menawarkan diri bertanding jawatan...

Ibu Sangka JC Chee...

PELAKON JC Chee mendedahkan 'rahsia' yang mana ibunya terperanjat apabila menonton trailer filem...

Pengundi Berang Proses Undi Cabang Pandan Lewat Bermula

KUALA LUMPUR – Belum pun bermula, pemilihan PKR di cabang Pandan sedikit panas apabila pengundi mula berang kerana pusat pengundian lambat dibuka pagi ini.

Pengundi yang tiba sejak pukul 9 pagi terpaksa menunggu kira-kira hampir dua jam apabila pusat pengundian di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Taman Chempaka hanya dibuka pada pukul 10.40 pagi.

Difahamkan proses pengundian tertangguh akibat ketiadaan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi mengawal keselamatan pusat berkenaan.

Sebelum itu, pengundi mula menjerit apabila mereka terpaksa berhimpit di luar pagar dengan ada antara mereka menyatakan telah menunggu lama kerana ada banyak urusan harian yang perlu diselesaikan.

Calon Timbalan Presiden Mohd Rafizi Ramli yang tiba pada pukul 10 pagi juga terpaksa menunggu untuk mengundi di cabang berkenaan.

Sementara itu di cabang Ampang, pengundian hanya bermula pukul 10.50 pagi akibat masalah teknikal.

Calon Ketua Cabang yang juga calon Naib Presiden Zuraida Kamaruddin yang tiba pada pukul 9 pagi di pusat pengundian bertindak memberi panduan kepada pengundi agar pengundian berjalan lancar.

Fasa ketiga pengundian di negeri Selangor hari ini melibatkan enam cabang iaitu Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat.


Sementara itu, Zuraida berkata kelewatan itu adalah kerana masalah pada sistem tablet untuk pengundian berkenaan yang dibawa dari Tapah, Perak oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

“JPP yang membawa tab itu kemudian mendapati berlaku masalah bagi menggunakannya untuk cabang Ampang, namun dapat menyelesaikannya.

“Alhamdulillah walaupun lewat sedikit bermula tetapi keadaan terkawal,” katanya kepada media di luar dewan berkenaan.

Beliau menganggarkan setakat pukul 11 pagi tadi, seramai 500 anggota telah mengundi dan menyeru kesemua 12,626 anggota cabang Ampang menjalankan tanggungjawab mereka.

Zuraida berkata beliau juga telah berbincang dengan JPP dan telah mewujudkan sistem laluan khas bagi pemilih warga emas bagi melancarkan proses pengundian. – BERNAMA

Kategori