• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghidap HIV/AIDS Tidak Didiskriminasi Dapatkan Kerja

oleh
16/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis AIDS Malaysia (MAC) sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia berhubung dasar untuk menentukan penghidap HIV/AIDS termasuk mereka yang sedang mendapatkan rawatan tidak didiskriminasi dalam mendapatkan pekerjaan.

Presiden MAC, Bakhtiar Talhah berkata hal ini penting kerana kebanyakan mereka yang terjejas adalah dalam kumpulan usia antara 18 dan 40 tahun yang perlu mendapat kerja sepertimana orang lain dalam kumpulan usia tersebut.

“Jadi, asalkan mereka mendapatkan rawatan sempurna untuk HIV/AIDS, yang percuma di Malaysia, tentunya mereka cukup sihat untuk diambil bekerja,” katanya pada sidang akhbar mengenai Anugerah Tun Dr Siti Hasmah Majlis AIDS Malaysia di sini hari ini.

“Sebenarnya, kita sudahpun mempunyai garis panduan di tempat kerja bagi orang menghidap HIV dan kini kami cuba menjadikannya undang-undang paling awal tahun depan,” kata beliau.

Beliau berkata keadaan wabak itu di Malaysia kini bertambah baik dengan kadar notifikasi 2017 menurun sebanyak 60 peratus dengan nisbah tertinggi 28.4 dalam setiap 100,000 orang pada 2002 menurun kepada 10.3 tahun lepas.

Sementara itu, Bakhtiar berkata Anugerah Tun Dr Siti Hasmah Award akan kembali diadakan selepas ditiadakan selama enam tahun, dan akan disampaikan pada 16 Disember di Hilton Kuala Lumpur.

“Anugerah itu sebagai mengiktiraf sumbangan cemerlang oleh organisasi dan individu ke arah memenuhi matlamat menghapsukan wabak AIDS di Malaysia.

“Kembalinya acara itu adalah signifikan kerana ia menonjolkan usaha menentang HIV/AIDS dan membantu meningkatkan dana yang begitu diperlukan dengan sasaran RM2.5 juta dari majlis jamuan malam serta dari aktiviti dan program-program lain,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: HIV/AIDS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Bangga Dr Adeeba Dilantik Anggota Majlis Sains WHO

21/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada pakar penyakit berjangkit negara,...

Tasik Di India Dikeringkan Kerana Takut Virus HIV

07/12/2018
0

NEW DELHI - Pihak berkuasa mengepam keluar air dari sebuah tasik di selatan India bagi meredakan kebimbangan penduduk bahawa air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd