• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teknologi, Sikap Antara Cara Rapat Jurang Pendapatan

oleh Cj Mnh
17/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Berdasarkan laporan Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza yang dikeluarkan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) pada Isnin, jurang pendapatan isi rumah antara penduduk bandar dan luar bandar agak ketara.

Laporan itu menyatakan jumlah pendapatan isi rumah di kebanyakan daerah terutamanya luar bandar mencatatkan angka lebih rendah daripada median kebangsaan iaitu RM5,228, berbanding isi rumah dalam bandar yang mencatatkan pendapatan 1.7 kali ganda lebih tinggi.

Mengulas laporan itu, Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor berkata antara punca wujudnya jurang itu adalah sikap penduduk luar bandar terutamanya golongan usahawan desa yang rata-ratanya kurang proaktif meningkatkan taraf hidup.

“Penduduk luar bandar rata-ratanya kurang proaktif tingkatkan taraf hidup sebab sikap mereka yang rasa cukup sekadar ada, ditambah kurang terdedah kepada dunia luar.

“Daripada segi usahawan di luar bandar pula, mereka selesa gunakan kaedah tradisional berbanding teknologi moden dan ini merugikan produktiviti perniagaan mereka secara tidak langsung,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abu Hasan berkata penduduk luar bandar terutamanya usahawan seharusnya melihat ke hadapan dan menggunapakai teknologi baharu untuk merapatkan jurang perbezaan dengan penduduk di bandar.

Satu lagi masalah yang dihadapi usahawan luar bandar adalah ‘track record’ perniagaan yang lemah yang menyukarkan mereka mendapatkan bantuan kewangan.

“Lebih kurang 80 peratus usahawan luar bandar lemah daripada segi jaringan perniagaan dan jarang menggunakan teknologi untuk menaiktaraf perniagaan mereka, contohnya penggunaan mesin dan laman web.

“Mereka tercari-cari arah tuju bagaimana untuk mantapkan ‘track record’ mereka, jadi kami di DPUKM ada tawarkan platform dan bantuan untuk mereka tingkatkan produktiviti perniagaan mereka,” katanya.

Menurutnya, DPUKM menawarkan kursus dan latihan kepada puluhan ribu usahawan yang berdaftar di bawahnya serta membawa mereka menyertai ekspo-ekspo di peringkat nasional dan antarabangsa.

Beliau turut berkongsi pendapat mengenai Bajet 2019 yang akan dibentangkan kerajaan pada 2 Nov depan tentang bagaimana untuk membantu golongan usahawan terutama di kawasan luar bandar.

“Untuk Bajet 2019, DPUKM berharap ada bantuan khas disalurkan kepada usahawan kita terutama di kawasan luar bandar dan yang terlibat dalam industri kecil dan sederhana (IKS) demi kebaikan perniagaan mereka.

“Di samping itu semua usahawan tidak kira daripada syarikat kecil atau besar mesti bersatu membentuk kelompok besar dan bergabung dengan semua pihak (kementerian, badan berkanun dan NGO), dengan cara ini suara mereka akan didengari dan diambil peduli oleh kerajaan,” katanya.

Mengulas tentang laporan itu yang juga menyebut tentang perniagaan baru di Malaysia tidak inovatif, Abu Hasan berkata usahawan seharusnya lebih bersikap terbuka daripada segi bertukar pandangan dan idea antara mereka.

“Usahawan kita tidak boleh ‘syok’ sendiri, bila sudah berjaya tidak mahu kongsi idea dengan orang lain, mereka seharusnya perlu lebih bekerjasama untuk berkongsi idea seterusnya menjana inovasi.

“Usahawan juga perlu lebih terbuka untuk memperluaskan jaringan perniagaan dan daripada situ baru kita boleh jana inovasi dalam menghasilkan produk-produk baharu dan meningkatkan taraf ekonomi negara kita juga,” katanya. – BERNAMA

Tags: DPUKMpendapatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ikram Nafi Seleweng Wang Zakat, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Ikram Nafi Seleweng Wang Zakat, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyelewengan pengurusan...

Jangan Lupa Isytihar Pendapatan Mata Wang Digital

Jangan Lupa Isytihar Pendapatan Mata Wang Digital

03/11/2022
0

Mungkin ada masih mempersoalkan mengapa pemain mata wang digital perlu mengisytiharkan pendapatan mereka dan seterusnya dikenakan cukai. Ikuti Mynewshub: Telegram Artikel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd