• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengetua Sekolah Ditahan Bantu Siasatan Kes Liwat

oleh
25/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini ditahan bagi membantu siasatan berhubung dua laporan dakwaan liwat yang masing-masing dibuat oleh murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata lelaki berusia 55 tahun itu ditahan di rumahnya di Kepala Batas dan akan dibawa ke Mahkamah Butterworth esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

“Menurut laporan polis yang dibuat dua pelajar lelaki itu, pengetua sekolah berasrama berkenaan turut dikatakan mencabul mereka,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata dua mangsa itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemeriksaan oleh doktor pakar dan seorang daripadanya masih berada dalam keadaan trauma serta akan dirujuk kepada Pakar Psikatrik di Hospital Pulau Pinang untuk pemulihan dari segi emosi.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 377E Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Seksual Kanak-Kanak 2017.

Pada Selasa, Bernama melaporkan polis sedang menjalankan siasatan berhubung dua laporan yang masing-masing dibuat oleh murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu, mendakwa mereka diliwat oleh pengetua sebuah sekolah menengah di sini.

Kedua-dua pelajar itu membuat laporan polis mendakwa diliwat pengetua berusia 55 tahun pada hujung minggu lalu ketika mereka menyertai program pendidikan di sekolah lelaki itu bertugas, selepas memaklumkan kejadian kepada keluarga masing-masing. – BERNAMA

Tags: kes liwat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

22/10/2025
0

MELAKA: Pekerja kilang dan dua pelajar institusi pengajian tinggi didenda RM12,500 serta penjara 54 bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka,...

Budak 13 Tahun Tak Mengaku Liwat Sepupu Lelaki 6 Tahun

Budak 13 Tahun Tak Mengaku Liwat Sepupu Lelaki 6 Tahun

07/12/2023
0

CHUKAI: Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan meliwat sepupunya ketika dihadapkan ke Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd