• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Dilepas & Dibebaskan Dari Tuduhan Merompak

oleh Ahmad Albab
15/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang penganggur dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini dari pertuduhan merompak seorang lelaki warga Bangladesh menggunakan sebilah pisau, April lepas.

Hakim Mabel S. Muttiah membebaskan N. Vijendran, 31, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaaan.

Mabel turut menasihati Vijendran agar tidak mengulangi kesalahan sama di masa akan datang.

Tertuduh didakwa telah melakukan rompakan menggunakan sebilah pisau terhadap Ismail, 26, dengan merampas wang tunai RM130 dan sebuah telefon bimbit, di sebuah kilang, di Jalan TSB 9, Kota Damansara, di sini, pada 3.20 petang, 21 April lepas.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Zulkifli manakala Vijendran tidak diwakili peguam.

Dua saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh dipanggil memberi keterangan semasa perbicaraan. – BERNAMA

Tags: merompakPenganggur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd