• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Diminta Guna Kebebasan Sebaiknya

oleh Cj Mnh
25/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengamal media perlu menggunakan sebaiknya kebebasan media yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang untuk menghasilkan laporan berita yang mampu meningkatkan tahap pemikiran yang kritis.

Penasihat khas media dan komunikasi Perdana Menteri Datuk A.Kadir Jasin berkata pengamal media perlu lebih ikhlas menghasilkan berita yang menguntungkan masyarakat meskipun ia tidak menarik mahupun sensasi.

“Media kini dilihat lebih terpengaruh dengan sensasi sehingga ia menjadi makanan dan hidangan dalam era media baharu.. kita tidak boleh terikut-ikut dengan teknologi…

“Kita kena utamakan laporan yang menguntungkan masyarakat walaupun ia tidak menarik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menutup ‘The International Communication Association (ICA) Regional Conference 2018’ di sini hari ini.

Mengambil contoh isu pemakaian warna kasut dan stoking pelajar sekolah yang ditimbulkan Menteri Pendidikan Maszlee Malik, beliau berkata media terlalu mensensasikan isu itu, sebaliknya ada perkara asas yang lebih penting di kementerian pendidikan yang boleh dilaporkan.

Kadir berkata media perlu menjadi pembantu dan pembetul arah kepada barisan menteri Kabinet PH dalam era pentadbiran pada masa sekarang.

Katanya ini kerana sesetengah pengamal media mempunyai pengalaman yang lebih lama berbanding menteri PH yang kebanyakannya masih baharu.

“Wartawan boleh menjadi ‘guru’ dengan berkongsi pengalaman yang ada pada mereka,” katanya.

Beliau juga tidak mahu wartawan terikut-ikut dengan sesetengah menteri yang tidak pandai berhujah, sebaliknya lebih banyak melaporkan berita yang meningkatkan taraf perbahasan. – BERNAMA

Tags: masyarakatPengamal Media
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Takiyuddin Hassan Dilantik Naib Presiden KAFA

Next Post

Tiada Sesiapa Terkecuali Daripada Undang-Undang

Related Posts

Lokasi Lubang Benam Jalan Masjid India Jadi Tumpuan Pengamal Media, Kedai Sekitar Operasi Seperti Biasa

Lokasi Lubang Benam Jalan Masjid India Jadi Tumpuan Pengamal Media, Kedai Sekitar Operasi Seperti Biasa

24/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India mangsa insiden tanah jerlus di hadapan Malayan Mansion, Jalan...

Kerajaan Hargai Peranan Pengamal Media Bantu Pembangunan Negara – Zahid

Kerajaan Hargai Peranan Pengamal Media Bantu Pembangunan Negara – Zahid

16/05/2023
0

PUTRAJAYA : Kerajaan amat menghargai peranan dan sumbangan pengamal media dalam membantu pembangunan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Next Post

Tiada Sesiapa Terkecuali Daripada Undang-Undang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd