• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk PPR Ampang Jajar Serah Memorandum

oleh
31/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sekumpulan penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pangsapuri Ampang Jajar di Permatang Pauh dekat sini menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini meminta untuk membatalkan notis pengusiran penduduk di situ.

Mereka turut meminta untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian.

Wakil penduduk, Ibrahim Md Din, 56, berkata mereka kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang mengeluarkan arahan itu yang disifatkan tidak peka dengan latar belakang penduduk di pangsapuri itu, yang rata-ratanya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

“Kami terima notis pada 1 Okt dan perlu keluar dari rumah selewat-lewatnya hari ini…antara alasan yang diterima beberapa penghuni ialah kerana mereka mempunyai pendapatan melebihi syarat yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu di Komtar, di sini hari ini.

Memorandum itu diterima Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Perumahan Akhmal Abu Basar bagi pihak kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ibrahim yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata tindakan kerajaan negeri mengeluarkan notis sebulan kepada penghuni (secara berperingkat) sudah tentu menimbulkan kerunsingan dalam kalangan mereka untuk mencari rumah sewa lain dalam tempoh masa yang begitu singkat.

Beliau berkata boleh dikatakan semua penghuni yang menerima notis itu tidak mampu untuk menyewa rumah lain kerana sewa yang mahal, sedangkan mereka menyewa lebih lima tahun di rumah PPR berkenaan dengan bayaran RM100 sebulan.

“Apabila kami merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab (kerajaan negeri), tindakan yang diambil adalah secara acuh tidak acuh dan itu yang kami kesalkan…jangan disebabkan kami ini orang susah maka mereka (kerajaan negeri) buat tak endah kepada kami,” katanya yang sudah menyewa di pangsapuri berkenaan sejak 10 tahun lepas.

Beliau berkata menerusi memorandum itu, penghuni turut meminta kerajaan negeri agar dapat menambah baik syarat-syarat perumahan PPR Pulau Pinang supaya dapat menangani isu perumahan bagi kumpulan berpendapatan rendah seperti mereka.

“Syarat pendapatan maksimum permohonan rumah PPR ialah pada kadar RM750 bagi seorang atau pendapatan seisi sekeluarga kurang RM1,500…ini tidak mencerminkan realiti kehidupan kami kerana jika suami isteri bekerja ia melebihi (RM1,500) tapi kami masih dikelaskan dalam golongan miskin memandangkan taraf hidup masa sekarang,” katanya.

Beliau berkata kira-kira 200 penduduk yang menerima notis pengusiran itu adalah pekerja biasa seperti operator kilang, buruh kasar, tukang cuci dan pengawal keselamatan. – BERNAMA

Tags: PPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Saman Guru: KPM Tunggu Laporan JPN Sabah

Next Post

Pesara Kerugian RM30,000 Ditipu Macau Scam

Related Posts

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

23/08/2022
0

JOHOR BAHRU : Johor akan membina dan menaik taraf Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri dalam usaha meningkatkan kesejahteraan...

KWP Cadang Bina Parkir Bertingkat Di PPR Seri Anggerik

19/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bercadang membina parkir bertingkat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Anggerik, Jalan Klang...

Next Post

Pesara Kerugian RM30,000 Ditipu Macau Scam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd