• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Di Kawasan Berisiko Tinggi Dinaiki Air Dinasihat Berhati-Hati

oleh
08/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Penduduk di 10 kawasan sekitar daerah ini dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan fenomena air pasang besar yang dijadual berlaku kira-kira pukul 6 pagi esok.

Pegawai Daerah Klang Mohd Zainal Mohd Nor berkata, antara 10 kawasan yang telah dikenalpasti berisiko tinggi dilanda banjir akibat fenomena berkenaan adalah Kampung Tok Muda, Kampung Perepat, Pelabuhan Klang, Kampung Sungai Keramat dan Sementa.

“Kawasan ini dikenal pasti sebagai berisiko tinggi untuk dinaiki air sekiranya fenomena air pasang besar pagi esok disertai dengan ribut dan hujan lebat.

“Jadi saya ingin nasihatkan penduduk di kawasan ini agar berhati-hati dan tidak melakukan sebarang aktiviti berhampiran dengan laut,” katanya kepada pemberita di sini, selepas melakukan tinjauan di beberapa ban di sekitar daerah ini hari ini.

Menurut Mohd Zainal, kira-kira 120 anggota keselamatan terdiri daripada pihak polis, jabatan bomba dan penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan Majlis Daerah Klang telah bersiap-sedia untuk sebarang kemungkinan termasuk memindahkan mangsa yang terjejas.

Mohd Zainal juga berkata pihaknya telah menyediakan lapan buah dewan serbaguna untuk dijadikan pusat pemindahan sementara.

“Kakitangan kami akan mula bersedia di dewan ini kira-kira pukul 10 malam nanti untuk menerima mereka yang terjejas,” katanya.

Mengulas mengenai keadaan ban-ban di sekitar Klang, Mohd Zainal berkata hanya ban di Kampung Sungai Serdang mengalami sedikit hakisan akibat ombak serta angin kuat dari Selat Melaka dan kerja-kerja menambak kembali ban berkenaan telah dijalankan.

Menurut beliaui, pihaknya turut menempatkan jentera di kawasan berhampiran ban berkenaan sebagai persediaan menghadapi fenomena itu.

“Ban yang lain berada dalam keadaan baik dan mampu bertahan jika berlaku sebarang peningkatan paras air laut,” katanya.

Berdasarkan jadual pasang surut air bagi kawasan Pelabuhan Klang, paras air laut diramalkan berada pada paras tertinggi mulai esok sehingga Khamis ini dengan ketinggian mencecah sehingga 5.6 meter. – BERNAMA

Tags: air pasang besar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lagi Mangsa Penipuan Katering Popular Buat Laporan Polis

Next Post

“Sampai Bila Pakatan Harapan Hendak Salahkan Kerajaan Dulu?”

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

07/05/2023
0

ALOR SETAR : Beberapa kawasan di Kuala Kedah dinaiki air laut berikutan fenomena air pasang besar yang bermula hari ini....

Next Post

"Sampai Bila Pakatan Harapan Hendak Salahkan Kerajaan Dulu?"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd