• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penampilan Sacred Riana Bakal Ujakan Pengunjung MAPS

oleh
19/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Persembahan daripada pemenang Asia’s Got Talent 2017, The Sacred Riana, bakal mengujakan pengunjung acara ‘Hallow From The Other Side’ di Movie Animation Park Studios (MAPS) di sini pada 26-28 Oktober.

Riana atau nama sebenarnya Marie Antoinette Riana Graharani, 26, berasal dari Jakarta, Indonesia, terkenal dengan bakat persembahan silap mata dengan gaya rambut panjang jatuh di hadapan muka sambil membawa anak patung seperti Annabelle dari filem ‘The Conjuring’.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPS Shafeii Abdul Gaffor berkata Riana akan membuat persembahan sebanyak enam kali dan pengunjung boleh mendapatkan tiket menerusi pembelian barangan berjumlah RM15 di kedai cenderamata MAPS.

Peminat Riana juga berpeluang untuk makan malam eksklusif bersama ahli silap mata itu di Hotel Casuarian@Meru pada 24 Oktober dan untuk tempahan makan malam boleh menghubungi talian 05-5299999 atau email kepada [email protected].

“Sebanyak 15 peratus daripada setiap pakej makan malam itu akan disalurkan kepada tabung bencana tsunami di Palu, Sulawesi,” katanya pada majlis previu media untuk acara itu, di sini semalam.

MAPS yang dibuka pada 26 Jun 2017 mempunyai lebih 40 tarikan unik dengan enam tema animasi terkemuka dunia dan dibuka setiap 10 pagi-6 petang pada hari bekerja dan 10 pagi-10 malam pada cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah. – BERNAMA

Tags: MAPS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tutup MAPS: Pelaburan RM500 Juta Hangus – Najib

28/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menempelak Menteri Besar Perak susulan penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS)...

Taman Tema MAPS Ditutup Mulai Hari Ini

28/01/2020
0

IPOH - Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS), yang dibangunkan dengan kos RM520 juta, ditutup mulai hari ini sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd