• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemohon Rumah Impian Bangsa Johor Diminta Kemas Data

oleh
31/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Para pemohon Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) diminta mengemaskini data masing-masing menerusi Sistem Permohonan RIBJ bagi membolehkan saringan akhir terhadap mereka dilakukan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani berkata terdapat lebih 350,000 pemohon direkodkan membuat pra-permohonan melalui sistem e-Mohon Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) yang dibuka mulai 22 Mac tahun lepas sehingga 28 Feb lepas.

“Sistem Permohonan RIBJ yang dilancar hari ini bertujuan memastikan senarai pemohon untuk RIBJ yang dilancarkan 22 Mac tahun lepas itu disasarkan kepada mereka yang paling layak sahaja berdasarkan kriteria yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Sistem Permohonan RIBJ dan perasmian Pejabat Urusan YSIJ di Terminal Larkin Sentral, di sini, yang disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dan majlis turut dihadiri, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Azmi berkata pemohon diminta mengemaskini butiran lanjut masing-masing dengan mengakses laman web YSIJ di https://sijf.my mulai hari ini sehingga 7 Nov depan. — LAGI

Beliau berkata mereka yang layak memiliki rumah akan disenarai pendek dan akan diumumkan namanya pada majlis pelancaran rumah contoh di tapak projek RIBJ di Bandar Dato’ Onn pada 21 Nov depan.

Katanya pembinaan RIBJ di Bandar Baru Majidee yang melibatkan 320 unit rumah berharga RM150,000 ke bawah dijangka siap akhir tahun hadapan, dan 81 peratus projeknya sudah siap, manakala Bandar Dato’ Onn yang melibatkan 488 unit rumah bernilai antara RM85,000 dan RM100,000 dijangka siap pada 2020 selepas dimulakan Julai lepas.

“Satu lagi projek RIBJ di Jalan Yahya Awal, di sini, sedang disemak semula dan sebarang perkembangan lanjut mengenai kemajuannya akan dibuat dalam satu pengumuman nanti,” katanya.

Pembangunan rumah yang turut dilengkapi perabot termasuk mesin basuh, televisyen dan penghawa dingin itu diharap dapat menambahbaik kualiti kehidupan bakal pembeli dan menggambarkan kesesuaian gelarannya sebagai Rumah Impian Bangsa Johor, katanya.

Pembangunan RIBJ yang dikawal selia penawarannya oleh YSIJ adalah cetusan idea Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, bagi membantu rakyat yang masih belum memiliki rumah. – BERNAMA

Tags: TMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd