Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Kepala Bersepai Hentam Treler...

Pendang - Mengerikan apabila kepala seorang lelaki pecah dipercayai terhimpit dengan beberapa karton...

Misteri PM Dakwa Hutang...

MEMANG siapa yang tidak boleh jadi keliru sekiranya dengar kenyataan bercanggah sebegini dalam...

Wanita Jalin Hubungan Dengan...

WANITA ini memang pelik. Dia mendakwa telah melakukan seks dengan hantu dan atas...

Kes Bot Karam Pindah...

KOTA KINABALU - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan kes pemilik sebuah...

Pemimpin PKR Wangsa Maju Sahkan Isu Lubuk Maksiat!

KUALA LUMPUR – “Saya yang juga Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wangsa Maju mengakui bahawa sememangnya terdapat rumah urut yang menawarkan khidmat seks di sekeliling pejabat MP (Ahli Parlimen PKR) Wangsa Maju, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew”

Itu pendedahan berani Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat yang juga Naib Ketua AMK Wangsa Maju serta calon Ketua Wanita PKR Wangsa Maju, Halimah Nasoha dalam satu kenyataan media hari ini.

Pengakuan beliau itu sekali gus menepis pelbagai penafian atau alasan yang dibuat penyokong Pakatan Harapan di media sosial bagi mempertahankan imej parti kerajaan ‘Malaysia Baharu’ daripada terjejas.

“Tahniah buat pihak Mahasiswa Keadilan Malaysia kerana telah menyatakan pendirian.
Tiba masanya orang luar bersuara kerana suara kami di wangsa maju tidak di pedulikan, malah diketepikan sama sekali.

“Saya juga menyokong penuh seruan Mahasiswa Keadilan Malaysia yang menyeru kesemua ahli parti daripada pucuk akar umbi hinggalah ke tahap pucuk kepimpinan untuk melafazkan perang terhadap sarang-sarang maksiat dan gangsterisme yang telah menular di dalam komuniti masyarakat Malaysia secara umum dan kawasan Wilayah Persekutuan secara khususnya Wangsa Maju,” katanya.

Halimah berkata, desakan Mahasiswa Keadilan Malaysia supaya Yee Kew memberi jawapan yang kukuh mengapa beliau tidak mengambil sebarang tindakan terhadap aduan sarang-sarang maksiat yang bertempat di sekeliling pejabat beliau amat dihargai.


Menurut beliau, ia kerana Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju tersebut sebelum ini memandang enteng akan perkara itu, tetapi lebih menumpukan perhatian dan minat beliau kepada projek-projek di sekitar Wangsa Maju.

Terdahulu, Mahasiswa Keadilan Malaysia dalam satu kenyataan hari berkata berasa terkejut apabila menerima laporan Pejabat Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju, Datin Padukan Dr. Tan Yee Kew terletak di lubuk sarang maksiat yang terkenal di Wangsa Maju.

Berdasarkan aduan masyarakat setempat, kawasan tersebut penuh dengan aktiviti-aktiviti pelacuran yang berselindung di sebalik nama pusat refleksologi dan pusat urut tradisional, malah diawasi oleh kumpulan gengster. – Mynewshub.tv

Kategori