• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan PKR: Azmin Dahului Rafizi Di Kedah

oleh
26/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar tunggalnya Mohd Rafizi Ramli dalam saingan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu yang berlangsung di 10 cabang di Kedah hari ini.

Cabang yang mengadakan pemilihan itu ialah Kuala Kedah, Alor Setar, Kubang Pasu, Pendang, Sik, Padang Terap, Pokok Sena, Baling, Langkawi dan Jerlun.

Menurut laman sesawang Pemilihan Keadilan 2018 di www.pemilihankeadilan2018.com, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi mendapat 1,148 undi manakala Mohd Rafizi yang merupakan bekas Anggota Parlimen Pandan memperoleh 1,031 undi.

Pemilihan parti itu di negeri ini berlangsung dua hari dengan proses pengundian di lima cabang lagi iaitu Jerai, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu dijadualkan esok.

Pemilihan itu diadakan semula selepas semua proses pengundian pada 22 Sept lepas dibatalkan berikutan terdapat beberapa masalah dihadapi ketika proses pengundian berlangsung. – BERNAMA

Tags: Pemilihan PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

09/09/2022
0

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustapa menafikan dakwaan bahawa pemilihan di lebih 50 cabang...

Rafizi Peroleh Undi Tertinggi Di Melaka

29/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh undi tertinggi di Melaka bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd