• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan MCA Penentu Hala Tuju Parti Dalam BN – Gan

oleh
22/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemilihan MCA pada 4 Nov ini menjadi penentu hala tuju parti itu dalam Barisan Nasional (BN), kata Ketua MCA Bahagian Kluang Gan Ping Sieu.

Beliau yang berganding dengan Timbalan Pengerusi MCA Johor Datuk Tee Siew Kiong merebut jawatan presiden dan timbalan presiden, berkata buat masa ini tiada referendum atau pungutan suara dilakukan untuk menentukan sama ada MCA mahu terus bersama BN ataupun tidak.

“Anggaplah pemilihan pada kali ini merupakan keputusan daripada perwakilan terhadap parti, sekiranya mereka memilih saya dan Tee untuk menerajui parti, maka mereka bersetuju untuk MCA keluar daripada BN,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan manifesto pemilihan parti Gan-Tee di Wisma MCA, hari ini.

Gan, yang bertanding jawatan presiden buat kali kedua setelah tewas kepada Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai pada pemilihan tahun 2013 berkata prinsip BN sudah jelas terpesong sejak UMNO bekerjasama dengan PAS.

“Hala tuju BN sudah tidak selari dengan prinsip yang diperjuangkan selama ini iaitu kesederhanaan dan kepelbagaian berbilang kaum… UMNO dilihat sudah bekerjasama dengan PAS yang mana ia tidak selari dengan prinsip MCA yang menentang hukum hudud (yang diperjuangkan PAS),” katanya.

Terdahulu, ketika berucap mengenai manifestonya, Gan berpendapat MCA perlu bangkit semula sebagai sebuah parti yang berjuang untuk semua rakyat berbilang kaum, termasuk masyarakat Cina bagi menarik lebih banyak sokongan.

“Selain mengembalikan kepercayaan komuniti Cina, MCA juga perlu ditransformasikan semula sebagai sebuah parti yang bersatu-padu selain berperanan sebagai pembangkang dengan melakukan ‘semak dan imbang’ dalam kerajaan secara lebih efektif,” katanya.

Gan dan Tee, bakal menentang gandingan Timbalan Presiden yang juga Anggota Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak Datuk Dr Mah Hang Soon yang turut mengumumkan untuk bertanding bagi dua jawatan tertinggi parti itu.

Gan berkata pihaknya juga tidak akan mengetepikan Wee dan Dr Mah sekiranya gandingan itu tewas dalam pemilihan parti.

“Mereka merupakan antara tunjang utama parti, dan Wee juga merupakan satu-satunya anggota Parlimen dalam kerajaan, jika mereka tewas sekalipun saya tetap mahu mereka berada dalam majlis presiden ataupun jawatankuasa pusat bagi membantu mentransformasikan parti.

“Kami tidak akan mengetepikan mereka dan mereka perlu berada dalam jawatankuasa tertinggi parti,” katanya. – BERNAMA

Tags: MCA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

24/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru penyokong PAS dan seluruh rakyat Negeri Sembilan mengundi calon MCA...

MCA Ucap Terima Kasih Anthony Loke: ‘Kami Memang Tidak Pernah Menang Di Negeri Sembilan Sejak 2013

MCA Ucap Terima Kasih Anthony Loke: ‘Kami Memang Tidak Pernah Menang Di Negeri Sembilan Sejak 2013

20/07/2026
0

SEREMBAN - MCA mengucapkan terima kepada Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook kerana mengingatkan MCA tidak pernah memenangi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd