• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapangan Terbang Baharu Di Perak Perlu Dikaji Semula

oleh Cj Mnh
16/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pembinaan lapangan terbang baharu di Perak perlu dikaji semula kerana projek itu melibatkan kos yang tinggi, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berpandangan adalah lebih wajar lapangan terbang sedia ada iaitu Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini, dinaiktaraf seperti memanjangkan landasan kepada kira-kira 850 meter bagi membolehkan kapal terbang besar mendarat kerana kosnya lebih murah.

“Kalau nak buat lapangan terbang baharu melibatkan kos yang tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) Perak di sini hari ini.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu baru-baru ini membayangkan cadangan untuk membina lapangan terbang baharu di Tapah atau Behrang kerana ia didapati lebih sesuai, berbanding cadangan awal di Seri Iskandar.

Walaupun tidak menyatakan kos pembinaan lapangan terbang baharu, Mohammad Nizar berkata penaiktarafan LTSAS membolehkan pesawat besar dari Guangzhou, New Delhi, Bangkok, Hong Kong mendarat di sini, sekali gus meningkatkan jumlah kedatangan pelancong serta pelaburan.

Beliau berkata walaupun kerajaan negeri perlu membayar pampasan kepada kira-kira 200 penduduk yang tinggal berhampiran lapangan terbang itu bagi menaiktaraf landasan, namun ia hanya membabitkan peruntukan yang lebih murah berbanding membina lapangan terbang baharu.

“Landasan sepanjang dua kilometer tidak cukup (kapal terbang besar mendarat), kalau kita boleh gabungkan lagi 500 meter (panjang) kiri, 350 meter kanan, jadi dengan panjang landasan 2.8 kilometer boleh mendaratkan kapal terbang besar seperti Air Bus, 323 and 747.”

“Kita akan bayar (pampasan) mungkin sekurang-kurang RM1 juta kepada setiap rumah (penduduk) dan mencari lokasi baharu untuk mereka. Kalau melibatkan 200 rumah ia melibatkan (kos) RM200 juta (pampasan), jumlah ini kecil berbanding nak buat (lapangan terbang) baharu,” katanya.

Menurut Mohammad Nizar, kerajaan negeri belum membincangkan perkara itu dengan penduduk yang tinggal berhampiran lapangan terbang tersebut kerana ia masih di peringkat cadangan. – BERNAMA

Tags: dikaji semulalapangan terbang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

Sekatan Ke Atas Atlet Rusia, Belarus Bakal Dikaji Semula

Sekatan Ke Atas Atlet Rusia, Belarus Bakal Dikaji Semula

14/12/2022
1

MELBOURNE – Presiden Akuatik Dunia, Husain Al-Musallam berkata, sekatan terhadap atlet Rusia dan Belarus kekal dilaksanakan ketika Persekutuan Renang Ukraine...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd