• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Treler Didakwa Pandu Khayal Dadah

oleh Ahmad Albab
12/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Seorang pemandu treler dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya yang mengorbankan lima mangsa pada 6 Oktober lepas.

Mohd Zaidi Di, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Noorhidayah Mohd Saad.

Mengikut pertuduhan, bapa empat orang anak itu memandu treler di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan tidak berdaya mengawal kenderaan itu sehingga menyebabkan kematian tiga wanita, seorang lelaki dan seorang bayi lelaki.

Dalam kejadian di Km 255.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di Kuala Kangsar pada pukul 11.47 pagi itu, lima mangsa rentung iaitu Yew Poi Shy, 37, Teo Wee Tatt, 46, Shaw Swee Me, 42, Lee Len Ying, 60, dan Yew Yi Chin, 1 tahun.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, yang boleh dihukum penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun dan didenda tidak kurang RM8,000 dan tidak lebih RM20,000, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin manakala lesen memandunya ditarik balik serta digantung mulai hari ini sehingga prosiding kes selesai. Sebutan semula kes pada 9 Nov ini.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya yang juga Pengarah Pendakwaan Negeri Perak Azhar Mokhtar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Azhar memohon agar mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana dia mempunyai 31 rekod saman trafik lampau sejak 1999 dan ini menunjukkan tertuduh tidak pernah serik melakukan kesalahan lalu lintas.

“Untuk makluman mahkamah juga, insiden kemalangan maut melibatkan kenderaan berat seperti treler, lori dan bas juga kerap berlaku dan ini boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada pemandu kenderaan berat lain,” katanya.

Tertuduh pula memohon agar mahkamah membenarkannya diikat jamin memandangkan dia menyara isteri yang tidak bekerja serta empat orang anak. – BERNAMA

Tags: khayal dadahpemandu treler
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Treler Mengaku Tidak Bersalah Sebabkan Kematian Lima Pelajar USAS

17/05/2022
0

KUALA KANGSAR: Pemandu treler yang terlibat dalam nahas mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kilometer 245.2, Lebuh...

Nahas Lima Rentung: Pemandu Treler Didakwa Hari Ini

17/05/2022
0

IPOH - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan tragis hingga mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd