• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Lawan Arus Didenda RM10,200

oleh
11/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pemandu lori yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan didenda RM10,200 oleh mahkamah majistret di sini setelah mengaku bersalah terhadap pelbagai kesalahan trafik yang dilakukan di Shah Alam bermula 2008 hingga kini.

Majistret P. Sarulatha turut memerintahkan G. Alagenran, 37, selaku Orang Kena Saman (OKS) menjalani hukuman penjara 102 hari, sekiranya gagal bayar denda.

Beliau bagaimanapun gagal bayar denda itu dan dihantar ke Penjara Kajang.

Alagenran yang merupakan bapa kepada empat anak menghadapi 16 pertuduhan melibatkan pelbagai kesalahan lalu lintas yang dilakukan di Shah Alam bermula 2008 hingga kini.

Beliau yang mempunyai 12 waran tangkap di Shah Alam didakwa di bawah Seksyen 26 (1), Seksyen 56 (1) dan Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk pelbagai kesalahan lalu lintas.

Terdahulu, peguam mewakili tertuduh, Amirul Nazreen Anas memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atas anak guam sebab pengakuan bersalah menjimatkan kos dan masa mahkamah.

Beliau juga berkata, Alagenran yang berpendapatan RM1,600 sebulan terpaksa membayar sewa rumah RM600.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Nur Syazwanie Marizan.

Alagenran yang memandu lori secara melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 432, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Sungai Buaya, Rawang, turut didakwa di mahkamah majistret di Kuala Kubu Bharu hari ini.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan itu yang ditularkan dalam media sosial sejak 7 Okt lepas. – BERNAMA

Tags: lawan aruspemandu lori
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd