• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu E-Hailing, Teksi Wajib Carum Perkeso Mulai 1 Nov

oleh
21/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pemandu penyedia perkhidmatan e-hailing dan teksi diwajibkan mendaftar serta membuat caruman di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berkuatkuasa 1 Nov depan.

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata pihaknya bersama Perkeso telah berbincang dengan Kementerian Pengangkutan mengenai tindakan yang akan dikenakan kepada pemandu teksi dan e-hailing yang gagal berbuat demikian.

“Kita dalam proses untuk mendapatkan kelulusan Kementerian Pengangkutan tentang mekanisma yang akan dikenakan antaranya sebelum lesen sebagai pemandu teksi atau e-hailing diperbaharui mereka perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah mendaftar caruman dengan Perkeso.

“Kita sedang meneliti mekanisma ini dan telah berbincang dengan persatuan teksi dan pemandu e-hailing dan sedang mendapatkan kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan sebelum kementerian itu sendiri membuat pengumuman perkara ini,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Bersama Pemimpin Masyarakat Peringkat Perkeso Negeri Perak Tahun 2018 di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Kula Segaran berkata sehingga kini, hanya 5,197 daripada 100,000 pemandu teksi dan e-hailing yang mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

“Kita tiada sebab untuk menghukum namun kita harap tidak sampai ke tahap itu. Kita berharap mereka (pemandu teksi dan e-hailing) boleh bekerjasama dan anggota mereka dapat mencarum dengan skim itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata minimum bayaran dikenakan untuk caruman adalah RM157.20 setahun dan maksimum adalah RM592.80 setahun.

“Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini mereka akan menerima manfaat mengikut skala bayaran caruman yang telah dibuat,” katanya.

Pada program hari ini, Kula Segaran turut menyampaikan cek bayaran serta alat pemulihan dengan nnilai keseluruhan RM192,022 kepada 17 penerima faedah Perkeso yang hilang upaya kekal dan sebagainya. – BERNAMA

Tags: M KulasegaranPerkeso
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Air Paip Perlu Dimasak Sebelum Diminum – Dr Lee

Next Post

Dr. M Sedia Letak Jawatan, Kesal Sikap Biadap Pemandu Teksi

Related Posts

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

27/01/2025
0

BUTTERWORTH : Seorang pemilik syarikat didenda RM188,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan...

Isham Jalil Akan Terima Surat Pemecatan Dalam Tempoh Terdekat

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memberi jaminan perkhidmatan disediakan agensi itu tidak akan terencat, biarpun berdepan serangan siber daripada...

Next Post

Dr. M Sedia Letak Jawatan, Kesal Sikap Biadap Pemandu Teksi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd