• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemain Pulau Pinang Pula Tidak Dibayar Gaji

oleh Cj Mnh
20/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Liga Malaysia (Liga-M) terus dicemari isu tunggakan gaji apabila kali ini Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) didakwa gagal lunas gaji semua pemainnya sejak Jun lalu.

Tunggakan gaji selama lima bulan itu nyata menghimpit kehidupan pemain apabila ada yang dihalau pemilik rumah ekoran kegagalan membayar sewa selain ada dikejar pihak bank yang menuntut pembayaran bulanan kereta.

Menurut pemain yang enggan dikenali, kehidupan ditempuhinya selama lima bulan ini cukup menyeksakan apatah lagi dia turut mempunyai keluarga untuk diberikan makan dan pakai.

Jelasnya, FAP seolah-olah mahu melepaskan tangan apabila gagal dihubungi biarpun berjanji akan menyelesaikan segala tunggakan itu semalam.

“Pada dua minggu lalu, pihak pengurusan ada memanggil dan kami berunding secara baik. Kalau ikutkan, tunggakan sebenar adalah enam bulan setengah tetapi mereka (PFA) hanya boleh bayar untuk lima bulan saja.

“Kata mereka, jika kami inginkan gaji, mereka cuma boleh bayar lima bulan. Jadi kami semua (pemain Pulau Pinang) setuju dan mereka berjanji nak selesaikan pada 18 Oktober iaitu semalam.

“Tapi bila kami hubungi, mereka buat tak tahu dan hilang begitu saja. Paling geram, mesej (WhatsApp) bertanda biru sudah dibaca namun senyap tanpa rasa bersalah,” katanya kepada Sukan NSTP, hari ini.

Skuad Harimau Kumbang yang bersaing di Liga Perdana musim ini sekadar menamatkan kempen di tangga ke-10 dan nyaris tersingkir ke Piala FAM.

Pulau Pinang yang mendapat sentuhan Zainal Abidin Hassan dilihat bergelut sepanjang musim apabila sekadar mengumpul 21 mata hasil lima kemenangan, enam seri dan sembilan kekalahan daripada 20 aksi liga. – BH Online

Tags: Gajipemain bolasepak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pandelela, Fitri Saari Terima Ijazah

Next Post

Timbang Semula Terma Kontrak Keselamatan

Related Posts

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

16/08/2024
0

SHAH ALAM - Ketika penjawat awam menikmati kenaikan gaji menjelang Disember ini, Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim masih berkhidmat...

Gaji Penjawat Awam Naik Lebih 13 Peratus Mulai Disember Ini – PM

Gaji Penjawat Awam Naik Lebih 13 Peratus Mulai Disember Ini – PM

01/05/2024
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember...

Next Post

Timbang Semula Terma Kontrak Keselamatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd