• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tangguh Pengajian, Jaga Ibu Kanser Tahap 4

oleh Cj Mnh
15/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang pelajar sanggup menangguhkan pengajiannya di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) demi menjaga ibunya yang terlantar menderita barah payudara tahap empat sejak Disember tahun lepas.

Penuntut semester tiga jurusan Al-Quran dan Al-Sunnah dengan Komunikasi, Mohd Khairul Adhar Mat Isa, 25, berkata biarpun berat hati untuk berbuat demikian, namun demi tanggungjawab dan kasih, beliau nekad untuk pulang ke kampung halaman dan berada di samping ibunya, Siti Sa’dah Hussain, 62.

“Ayah telah meninggal dunia tiga tahun lalu dan saya mengambil tanggungjawab ini menjaga ibu…bila saya akan sambung semula pengajian belum tahu lagi kerana perlu beri tumpuan kepada ibu yang sangat lemah ketika ini.

“Ibu juga tidak boleh bergerak dan bercakap hingga bergantung sepenuhnya kepada saya untuk memenuhi keperluan hariannya untuk makan, minum dan diberi ubat,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Permai, Jalan Langgar, di sini, hari ini.

Mohd Khairul Adhar berkata, ibunya seorang bekas penyelia sebuah sekolah asrama di sini dikesan menghidap barah payudara pada Disember tahun lepas apabila pemeriksaan yang dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mendapati ada ketumbuhan pada payudara sebelah kiri.

“Kerana lewat dikesan, kuman mula merebak ke bahagian otak menyebabkan ibu sering diserang sawan dan hanya terlantar di rumah, doktor juga memberitahu tiada rawatan khusus dapat diberikan kerana keadaan ibu lemah,” katanya.

Mohd Khairul Adhar yang berbaki setahun setengah pengajian itu turut memohon sumbangan orang ramai serta pihak berkenaan bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Sejak ibu sakit, kami bergantung kepada duit pencen ibu dan arwah ayah sebanyak RM2,000 sebulan untuk beli barang dapur, susu khas dan lampin pakai buang serta beli keperluan lain untuk ibu, duit itu tidak termasuk apabila ditolak dengan bayaran ansuran pembiayaan pinjaman ibu sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, nasib dihadapi Mohd Khairul Adhar mendapat perhatian Pengasas Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang mengadakan kunjungan serta menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan makanan, susu khas dan lampin pakai buang kepada ibunya itu.

“Saya difahamkan pelajar ini telah menangguhkan pengajiannya kerana niat murninya untuk menjaga ibunya dan saya berharap pihak universiti memahami keadaan beliau, kami di CSM sendiri akan membantu menyumbang katil untuk memudahkan beliau menguruskan ibunya,” katanya yang berharap orang ramai prihatin dan dapat menyumbang membantu meringankan beban yang ditanggung.

Orang ramai yang ingin membantu bolehlah menghubungi beliau di 013-4912208 atau sumbangan terus ke akaun Bank Islam Mohd Khirul Adhar menerusi nombor akaun 02011021037822 atau Maybank (152023491869). – BERNAMA

Tags: kanserpelajar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Kedah Terima Darjah Utama Seri Mahkota Negara

Next Post

Jin Wei Sasar 10 Terbaik Dunia Menjelang 2020

Related Posts

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

03/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya 16 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru dilapor mengalami gejala muntah-muntah, cirit-birit dan demam disyaki...

Next Post

Jin Wei Sasar 10 Terbaik Dunia Menjelang 2020

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd