• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Bangladesh Cemas Hanyut 300 Meter

oleh
13/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Bangladesh terselamat daripada dihanyutkan di Sungai Gombak, dekat pusat beli-belah Sogo, di sini, petang tadi, selepas dia diselamatkan pasukan bomba dan orang awam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa dikatakan berada di tebing sungai dan sedang melakukan kerja penyelenggaraan di lokasi sebelum dipukul kepala air sebelum hanyut kira-kira 300 meter.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Fadil Hesam Mohamed berkata, pihaknya menggunakan tali untuk menarik mangsa ke tepi sungai sebelum dibawa naik dengan bantuan orang awam yang berada di lokasi.

“Daripada maklumat yang kami terima, sebelum kejadian, mangsa seorang lelaki warga Bangladesh berada di platform di tepi sungai berkenaan, sedang melakukan kerja penyelenggaraan.

“Bagaimanapun, dia dihanyutkan air sungai yang menerjah secara tiba-tiba dan hanyut sejauh kira-kira 300 meter. Kawan mangsa yang berada di tepi tebing mengikut pergerakan mangsa dari darat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut, namun masih berada dalam keadaan stabil.

“Pihak kami menarik mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu menggunakan tali ke tebing sebelum pasukan seramai sembilan anggota dengan bantuan orang awam menariknya ke atas.

“Mangsa selamat dibawa naik dan dibawa ke HKL. Pihak kami juga mengucap ribuan terima kasih kepada orang awam yang berada di lokasi kerana membantu pihak bomba,” katanya. – BH Online

Tags: cemasHanyut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Remaja 14 Tahun Lemas Ketika Ambil Bola Ditemui Selepas Tiga Hari Pencarian

Mayat Remaja 14 Tahun Lemas Ketika Ambil Bola Ditemui Selepas Tiga Hari Pencarian

07/12/2025
0

KAJANG – Mayat seorang remaja lelaki yang dilaporkan lemas ketika cuba mengambil bola di sebuah longkang besar di Taman Prima...

‘Mayat Mungkin Hanyut Ke Laut Jika Tak Tersekat Di Perangkap Sampah’ – Ketua Polis Dang Wangi

‘Mayat Mungkin Hanyut Ke Laut Jika Tak Tersekat Di Perangkap Sampah’ – Ketua Polis Dang Wangi

21/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang, di sini, Isnin lalu ditemukan tersangkut pada perangkap sampah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd