Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Lagi Kedai Larang Bukan...

JOHOR BAHRU - Selepas masyarakat bukan Islam kecoh dengan sebuah kedai dobi di...

Laporan RCI Menunjukkan ‘Tiada...

Laporan Suruhanjaya Diraja Siasatan Pendatang Asing di Sabah mendapati ada kegiatan haram memberikan...

Jerebu: Tutup Taska Perlu...

KUALA LUMPUR - Pengusaha Taman asuhan kanak-kanak (Taska) dan pusat-pusat jagaan diminta mendapatkan...

Dana NGO Belia Tumpu...

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan menetapkan bahawa tumpuan peruntukan kepada pertubuhan bukan...

Pekerja Asing Bakal Dilindungi Perkeso

KEPALA BATAS – Kementerian Sumber Manusia dalam proses membolehkan pekerja asing mendapat perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi memastikan mereka mendapat manfaat sama seperti pekerja tempatan.

Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran berkata perkara itu juga adalah selaras dengan ketetapan Organisasi Pekerja Asing Antarabangsa yang mahu setiap negara seragamkan manfaat untuk pekerja asing dan pekerja tempatan.

“Semua pekerja asing termasuk pekerja domestik (pembantu rumah) akan mendapat manfaat (Perkeso) yang diperoleh oleh pekerja tempatan.

“Kementerian Sumber Manusia telah buat beberapa perkara bagi melaksanakan cadangan berkenaan termasuk mengadakan konsultansi dengan pihak berkaitan dan selepas ini saya akan bawa ke Kabinet untuk kelulusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Town Hall Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Amir Omar dan Pengarah Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) Wan Zulkifli Wan Setapa yang juga Setiausaha Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing.

Kulasegaran berkata menerusi pelaksanaan itu, kerajaan akan tahu jumlah sebenar pekerja asing di negara ini berdasarkan jumlah mereka yang dicarum dan jika jumlah itu berkurangan pihak berkuasa seperti Imigresen akan dapat mengesan mereka.

“Ketika ini kita tidak tahu jumlah sebenar pekerja asing namun menerusi caruman Perkeso kita akan dapat data masa nyata pekerja asing yang bekerja dan boleh kesan mereka yang tinggal lebih masa serta tiada permit dan banyak lagi kelebihan lain kepada negara,” katanya.

Beliau berkata selain itu, melalui pelaksanaan caruman Perkeso, isu pemerdagangan manusia dalam kalangan rakyat asing dapat diatasi berikutan majikan perlu mencarum untuk setiap pekerja mereka.


Kulasegaran bagaimanapun menafikan pelaksanaan caruman Perkeso untuk pekerja asing akan membebankan majikan, sebaliknya ia lebih mudah kerana tidak perlu lagi membayar insurans khas untuk pekerja berkenaan.

Sementara itu, Kulasegaran berkata Pulau Pinang merupakan negeri ke-11 sesi jelajah town hall jawatankuasa itu, manakala Johor serta Putrajaya dan Kuala Lumpur akan diadakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata sesi pertemuan khusus membabitkan pihak yang mempunyai hubung kait dengan pengurusan pekerja asing termasuk negara sumber itu, sehingga kini mendapat 38 pandangan untuk penambahbaikan berkaitan pekerja asing, antaranya mewujudkan sistem online bagi memudahkan majikan mendaftar dan memohon pekerja asing.

Jawatankuasa bebas yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Hishamuddin Yunus itu akan bermesyuarat 5 Nov ini bagi menyediakan laporan lengkap dan mengemukakan cadangan kepada kerajaan dalam menangani isu pekerja asing. – BERNAMA

Kategori