• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Keluarga Sahkan Prabu Dihukum Mati

oleh Cj Mnh
26/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Disahkan rakyat Malaysia Prabu N. Pathmanathan telah dihukum gantung di penjara Changi pada waktu subuh hari ini bagi kesalahan menyeludup dadah, menurut N. Surendran, peguam mewakili keluarga lelaki itu.

“Keluarga telah menuntut mayatnya dan upacara pembakaran mayat akan diadakan hari ini,” kata penasihat Lawyers for Liberty itu dalam kenyataan yang dihantar kepada Bernama di sini, yang turut disertakan dengan foto terkini Prabu.

Peguam itu berkata lewat malam tadi, Pejabat Presiden Singapura menghantar surat kepada keluarga Prabu bagi menjawab petisyen pengampunan yang dikemukakan mereka.

Surat itu menyatakan “proses pengampunan telah dimuktamadkan” dan “kami tidak dapat memenuhi permintaan anda”, katanya.

Surendran berkata ibu bapa dan adik beradik Prabu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan semua orang di pihak kedua-dua negara atas sokongan dan doa mereka dalam tempoh beberapa hari lepas yang sukar.

“Kami difahamkan bahawa menteri-menteri Kabinet Malaysia telah berhubung secara langsung dengan pemimpin-pemimpin Singapura dalam usaha untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman mati itu, tetapi tidak berhasil,” kata Surendran.

Dilaporkan pada 24 Oktober, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata beliau akan menulis surat kepada kerajaan Singapura untuk menggesa bagi hukuman mati ke atas Prabu dipinda.

Liew berkata beliau berharap Singapura akan meminda hukuman ke atas Prabu kepada hukuman penjara seumur hidup.

Prabu, 31, dijatuhi hukuman mati bagi kesalahan menyeludup 227.82g dadah diamorphine atau heroin ke negara pulau itu pada 31 Disember, 2014. – BERNAMA

Tags: hukuman matiPenjara Cangi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd