• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambah Baik Usaha Tangani Jenayah Perairan Sabah

oleh Cj Mnh
19/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah baik setiap prosedur dan tindakan yang dibuat sebelum ini dalam usaha menangani masalah jenayah yang berlaku di kawasan sempadan perairan Sabah khususnya di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata antara penambahbaikan itu termasuk meningkatkan kemampuan dan kesiapsiagaan anggota keselamatan untuk berhadapan dengan ancaman selain menambah keupayaan logistik secara peringkat.

“Kita juga akan memberi fokus kepada kolaborasi dengan masyarakat yang tinggal di kawasan yang terlibat supaya anggota keselamatan dapat mengambil tindakan pantas dan mantap apabila berlakunya jenayah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Inspektor Kehormat PDRM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan, di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan penambahbaikan itu dibuat dalam satu mesyuarat khas yang telah diadakan di sini bagi mengkaji dan meneliti setiap cadangan untuk meningkatkan kawalan keselamatan perairan negara yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

Noor Rashid berharap dengan perancangan baharu itu akan mampu mengatasi masalah yang melibatkan jenayah rentas sempadan, penyeludupan dadah dan pemerdagangan manusia.

Terdahulu, Noor Rashid memakaikan pangkat Inspektor Kehormat kepada Mohammed Yazzer Mahmun, 48, seorang wartawan sebuah televisyen swasta yang banyak membantu menjayakan program yang melibatkan PDRM.

Beliau berkata anugerah berkenaan diberikan kepada Mohammed Yazzer yang memberi komitmen yang tinggi dalam memaparkan aktiviti jenayah yang berlaku dalam masyarakat.

“Atas sumbangan beliau dan usahanya memberi bantuan serta sokongan kepada PDRM, beliau diberi pangkat (Inspektor Kehormat) pada hari ini,” katanya. –BERNAMA

Tags: JenayahPerairan Sabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Di Sebalik Runtuhan Kota, Palu Mula Bangkit

Next Post

Pesona Keindahan Chiba, Jepun Kini Di Facebook

Related Posts

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

Dua Lelaki Bergaduh Pegang Gergaji, Parang

17/11/2021
0

JAWA: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di udara bagi menghentikan perbalahan melibatkan dua penduduk di Jalan By Pass Ir...

Next Post

Pesona Keindahan Chiba, Jepun Kini Di Facebook

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd