• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Paya Terubong, Kawasan Bukit Yang Dibangunkan

oleh
19/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Paya Terubong, terletak kira-kira lapan kilometer dari bandar raya ini, merupakan kawasan bukit dan lembah yang kini dibangunkan sebagai kawasan perumahan.

Kawasan itu merupakan antara jalan yang menghubungkan bandar raya George Town dan Balik Pulau dengan kebanyakan laluan terletak di lereng-lereng bukit.

Petang ini kawasan itu sekali lagi mendapat perhatian apabila berlaku runtuhan tanah di Jalan Bukit Kukus yang menimbus empat kontena di bahagian kaki bukit tersebut. Dikhuatiri lebih 10 mangsa tertimbus dan sehingga lewat petang ini tiga mangsa ditemui mati manakala seorang lagi cedera.

Kejadian berlaku selepas sembilan hari kejadian runtuhan 14 rasuk konkrit berukuran 25 meter setiap satu di kawasan itu.

Dalam kejadian pada Khamis lepas itu, 14 rasuk konkrit untuk pembinaan jalan berkembar dari Paya Terubong ke Relau terjatuh di lereng bukit di tapak Projek Jalan Bukit Kukus itu. Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda awam dilaporkan.

Mengikut Wikipedia, pada awalnya kawasan Paya Terubong merupakan kawasan pertanian sebelum diteroka pada awal tahun 1980-an dan diubah menjadi kawasan perumahan yang mempunyai banyak kediaman pencakar langit.

Projek pembangunan di kawasan Paya Terubong itu telah banyak ‘mengorbankan’ bukit-bukau apabila pemaju terpaksa menerokai kawasan bukit untuk tujuan pembangunan rumah kos rendah dan sederhana rendah.

Kawasan itu juga merupakan antara kawasan di Pulau Pinang yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan banyak pemaju perumahan telah merancang untuk membina pelbagai projek pembangunan bercampur di kawasan tersebut.

Pada waktu puncak iaitu awal pagi dan petang, Jalan Paya Terubong yang menghubungkan kawasan perumahan di Bandar Baru Air Itam dan Farlim dengan kawasan perindustrian di Bayan Lepas akan sentiasa sesak dengan kenderaan.

Kejadian tanah runtuh sering kali dilaporkan di kawasan jalan yang berbukit itu sehingga menyebabkan jalan terpaksa ditutup.

Bagi menyelesaikan masalah kesesakan, pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama pihak pemaju berhasrat membina projek pengangkutan jalan yang akan turut melalui kawasan Paya Terubong, antaranya projek Lebuh Raya Pan-Island Link 1 (PIL1) dan Projek Jalan Bukit Kukus.

Jalan Bukit Kukus merupakan jalan yang menghubungkan penduduk di kawasan Paya Terubong dan Bandar Baru Air Itam dengan sepanjang jalan berbukit lebih satu kilometer itu kebanyakannya kawasan perumahan.

Projek itu, yang dimulakan pada 2016 dilaksanakan oleh tiga pihak sebagai langkah penjimatan termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), PLB Land Sdn Bhd dan Geo Valley Sdn Bhd. Kejadian itu berlaku dalam bahagian bawah kendalian MBPP.

Projek bernilai RM545 juta itu merupakan jalan alternatif yang menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul. – BERNAMA

Tags: tanah runtuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Di Sebalik Runtuhan Kota, Palu Mula Bangkit

Next Post

10 Lagi Masih Tertimbus Dalam Tanah Runtuh

Related Posts

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

15/10/2024
0

AMPANG JAYA: Kejadian tanah runtuh di lereng bukit di Taman Melawati, di sini, telah menyebabkan beberapa kawasan kediaman di Jalan...

Sebabkan Kematian Danial, Nasib Wei Liang Diketahui Khamis Ini

Lebih 60 Maut Tanah Runtuh Di Tanzania

05/12/2023
0

DAR ES SALAAM: Sekurang-kurangnya 68 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di utara Tanzania, berikutan hujan lebat sejak Sabtu, lapor...

Next Post

10 Lagi Masih Tertimbus Dalam Tanah Runtuh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd