• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Setuju Pengundi 18 Tahun, Daftar Automatik

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 32 parti politik berdaftar di negara ini bersetuju dengan cadangan menurunkan umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata kesemua parti politik tersebut adalah sebahagian daripada keseluruhan 51 parti politik berdaftar yang menghantar wakil mereka dalam mesyuarat dengan SPR mengenai urusan pendaftaran pemilih yang julung kali diadakan hari ini.

“Tiada bantahan (daripada parti politik) terhadap cadangan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di ibu pejabat suruhanjaya itu, di sini.

Pada 19 Sept lepas, Kabinet bersetuju untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun dan usul tersebut dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat November ini.

Azhar berkata kesemua parti politik yang hadir turut bersetuju terhadap cadangan pendaftaran automatik, namun mereka meminta SPR mengkaji proses dan kesannya terhadap pengundi.

“Ini kerana, pendaftaran automatik akan ikut alamat kad pengenalan jadi pengundi itu tidak boleh lagi balik Kelantan atau balik Klang untuk mengundi. Itu saya rasa memerlukan pemahaman polisi tetapi dari segi dasarnya cadangan ini mendapat sokongan,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd