• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Papadom Boleh Ancam Kesihatan – CAP

oleh
09/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Penggemar kerepek rangup yang lebih dikenali sebagai papadom dinasihatkan agar cuba mengurangkan pengambilannya kerana kandungan garam adalah tinggi.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata dalam ujian makmal yang dijalankan ke atas 11 sampel papadom, kesemuanya mengandungi lebih 1,000mg/100 gram garam.

Beliau dipetik menurut laporan media tempatan mendakwa bahawa empat daripada sampel tersebut mengandungi lebih 2,000mg/200 gram garam.

“Pengambilan papadom yang banyak dalam makanan akan menyebabkan kandungan garam dalam badan tinggi. Ia akan menyebabkan tekanan darah tinggi, meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.

“Sekeping papadom mengandungi 260 mg garam. Bayangkan jika satu hidangan, anda mengambil lima keping papadom, maknanya kandungan garam yang diambil adalah 1,300mg,” kata Mohamed.

Jelasnya, walaupun papadom boleh dianggap tidak memudaratkan, pengambilan berlebihan akan menyebabkan sembelit dan perut berangin.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan menetapkan kadar garam dalam papadom agar pengambilan perasa itu dapat dikawal. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: papadomS.M Mohamed Idris
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

CAP Gesa Haramkan Mainan Kejutan Elektrik

11/02/2018
0

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan ‘shock chewing gum’ iaitu sejenis alat mainan kejutan elektrik...

Haram Penyegar Udara Ada Bahan Kimia Tempat Awam

17/01/2018
0

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini meminta pihak berkuasa memperkenalkan undang-undang ke arah pengharaman penggunaan pewangi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd