• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CAP Gesa Haramkan Mainan Kejutan Elektrik

oleh Ahmad Albab
11/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan ‘shock chewing gum’ iaitu sejenis alat mainan kejutan elektrik yang boleh membahayakan pengguna terutama kanak-kanak.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata tinjauan yang dilakukan oleh CAP mendapati produk itu dijual dengan harga hanya RM6 satu dan ia boleh dibeli di pasar malam serta kedai jualan alat permainan.

“Bentuknya seakan gula-gula getah jenis Wrigley’s dan kepingannya (gula-gula getah) itu menjulur ke luar untuk ditarik, apabila seseorang menariknya (kepingan gula-gula getah) ia akan mencetuskan suis yang menghantar arus elektrik melalui tangan mangsa dan orang berkenaan akan merasa kejutan elektrik melalui tangannya.

“Berdasarkan tinjauan kami juga mendapati alat permainan itu turut terdapat dalam bentuk pen dan pistol mainan dan mereka yang menggunakan pen atau memetik picu pistol itu akan merasa kejutan elektrik,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata alat permainan itu mampu mencederakan mangsa kerana mereka yang terkena kejutan elektrik akan mengalamai kesakitan malah arus berkenaan juga berbahaya kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Mohamed Idris berkata berikutan itu, pihaknya menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya mengambil tindakan segera dengan merampas serta mengharamkan semua produk permainan seperti itu yang dijual di pasaran kerana ia hanya membawa keburukan.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatian pihaknya juga mendapati alat permainan yang diimport dari luar negara itu tidak mempunyai logo MC iaitu pematuhan standard daripada KPDNKK yang diwajibkan bagi setiap produk permainan sebelum ia boleh dipasarkan kepada pembeli.

Beliau berkata pihaknya juga pelik bagaimana alat permainaan berbahaya yang boleh menyebabkan seseorang mengalami trauma dan kesakitan akibat kejutan elektrik itu boleh dijual secara terbuka di kedai sekitar Pulau Pinang dan pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan.

“Alat permainan seperti itu telah diharamkan di beberapa daerah di Amerika Syarikat kerana ia memberi kesan terutama kepada kerosakan saraf tangan…jadi CAP mengesa kerajaan kita turut mengharamkannya berikutan kesannya lebih teruk jika seseorang mangsa itu turut mempunyai masalah kesihatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: CAPS.M Mohamed Idris
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

09/12/2024
0

GEORGETOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Lembaga Pemasaran...

CAP Kecewa RUU Kawalan Produk Merokok Dirujuk Semula Kepada JKPK

CAP Kecewa RUU Kawalan Produk Merokok Dirujuk Semula Kepada JKPK

12/06/2023
0

PUTRAJAYA: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa dengan keputusan kerajaan yang merujuk semula Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd