Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Padah Berani Sangat.. Gadis...

KUALA TERENGGANU - Tindakan berani seorang remaja perempuan berjumpa dengan kenalan lelaki yang...

Perubahan Drastik, Datuk Ramli...

SEJAK kebelakangan ini, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad sering pula ditegur oleh beberapa...

MyPPP Akhiri Hubungan Dengan...

KUALA LUMPUR - MyPPP mengumumkan secara rasmi bakal bergerak sendiri sebagai parti yang...

PTPTN: Ratusan Siswa Himpun...

LEBIH 350 mahasiswa dari seluruh negara berhimpun di ibu kota bagi tuntut janji...

Tiada Pampasan Kepada Negeri Bagi Hutan Simpan

KUALA LUMPUR — Kerajaan tidak berhasrat membayar pampasan kepada kerajaan negeri yang menggazetkan kawasan hutan sebagai hutan simpan yang menghalang mereka daripada menjana pendapatan daripada hasil hutan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar berkata ini kerana adalah tanggungjawab kerajaan negeri itu sendiri untuk mengekalkan hutan berkenaan sebagai kawasan tadahan air.

Katanya kerajaan negeri sepatutnya boleh mengambil manfaat daripada hutan simpan dengan antara lain memperbanyakkan eko-pelancongan serta mencari kaedah lain meningkatkan pendapatan negeri tanpa bergantung kepada hasil hutan.

“Adakan eco-tourism dan sebagainya. Sekarang eco-tourism ini dinikmati orang luar negara, mereka sanggup bayar untuk tinggal di dalam hutan,” katanya pada waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) yang ingin tahu sama ada wajar bagi Kerajaan Persekutuan membayar pampasan kepada kerajaan negeri yang menggazetkan hutan sebagai hutan simpan.

Berdasarkan data, Xavier Jayakumar berkata kawasan hutan di seluruh negara merangkumi 55.52 peratus, seluas 18.24 juta hektar. – BERNAMA

Kategori