Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Cover 2 Minit Buat...

LAMBAKAN penyanyi baharu masa kini sedikit sebanyak bagaikan telah mengetepikan penyanyi kumpulan nasyid...

Kaji 3 Elemen Sumbang...

PUTRAJAYA - Elemen yang menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup di bandar khususnya...

Kisah 1MDB Boleh Diambil...

KUALA LUMPUR - Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul...

Balu CEO Cradle Fund...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan Samirah Muzaffar, balu Ketua Pegawai Eksekutif...

Padah Lacur Diri, 3 Wanita Warga Asing Ditangkap

BINTULU – Tiga wanita warga asing dicekup polis dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran di sebuah rumah tumpangan kawasan bandar di sini semalam.

Dalam serbuan sekitar pukul 12 tengah hari, serbuan dijalankan sepasukan polis cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, serbuan tersebut berjaya menahan tiga perempuan warga asing berusia antara 24 hingga 31 tahun dan dua lelaki tempatan dipercayai pelanggan berusia 30 hingga 36 tahun.

Katanya, pihak polis telah melakukan intipan beberapa hari sebelum itu mendapati wujud aktiviti perlacuran.

“Kita merampas tiga beg tangan masing-masing mengandungi tiga kondom dan wang tunai berjumlah RM160 dipercayai hasil pelacuran.

“Kesemua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Bintulu untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tidak melebihi satu tahun, atau denda, atau kedua duanya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Tambahnya, warganegara asing yang ditangkap juga disiasat dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal kemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Pihak polis akan melakukan operasi berterusan untuk membanteras segala aktiviti maksiat di daerah ini,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Kategori