• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Perlu Aspek Keselamatan Elak Hilang Bot

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Nelayan di negeri ini diseru agar mengambil menitik beratkan aspek keselamatan bagi mengelakkan insiden kehilangan bot atau enjin milik mereka, kata Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee.

Beliau berkata inisiatif itu perlu diambil berikutan pihaknya sering menerima laporan berhubung kes berkenaan yang mana terdapat mangsa yang mengalami kerugian hingga mencecah ribuan ringgit.

Katanya sehingga Jumaat lepas (28 Sept) sebanyak lapan kes kehilangan enjin dan bot dilaporkan berlaku di beberapa jeti nelayan melibatkan daerah Melaka Tengah, namun buat masa ini tiada sebarang tabung disediakan bagi membantu nelayan terbabit.

“Kerajaan negeri hanya menyediakan tabung bantuan bencana alam kepada golongan nelayan. Bagaimanapun, kita akan terus berusaha mendapatkan dana bagi membantu mereka yang terjejas akibat kes berkenaan.

“Hasil rundingan saya dengan pihak maritim, marin dan ketua- ketua nelayan jeti di negeri ini, kami telah memutuskan untuk mencari dana berikutan tiada peruntukan disalurkan bagi kes kehilangan enjin dan bot,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Peringgit di sini hari ini.

Norhizam yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu berkata kerajaan negeri terus komited dalam usaha menangani pelbagai isu melibatkan nelayan di negeri ini agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup.

“Kita akan mengadakan sesi dialog dengan nelayan seluruh negeri untuk mendapatkan maklum balas mengenai isu terbabit dan isu lain yang perlu diselesaikan segera.

“Selain itu, kita juga menggesa agar pihak berkuasa dan agensi terlibat untuk meningkatkan rondaaan, pemantauan dan penguatkuasaan di jeti serta pengkalan nelayan selain persatuan nelayan digalakkan untuk turut sama mengadakan rondaan di kawasan berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: keselamatanNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa prihatin serta mendoakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd